4 March 2012

Budak saman polis RM105,444

Gambar Hiasan
BOGOR - Dalam kes di Indonesia, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun, kelmarin memfailkan saman 32 juta Rupiah (RM105,444) terhadap polis kerana mendakwa diseksa semasa sesi soal siasat.

Pada 2009, Syahri Ramadhan Burhanudin @ Koko yang pada masa itu berumur 15 tahun dituduh mencuri walaupun mendakwa dia tidak melakukannya.

Syahri mendakwa semasa ditahan selama 20 hari di Balai Polis Bojong Gede, Bogor, seorang pegawai penyiasat telah menumbuk perut dan mencucuh rokok pada tubuhnya supaya dia mengaku melakukan kesalahan tersebut.

0 comments:

Post a Comment