25 January 2012

Polis cekup 2 lelaki cuba larikan tunai RM552,000

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki yang cuba melarikan wang tunai RM552,000 daripada pengawal keselamatan yang sedang membawa masuk karung wang tersebut ke dalam sebuah van di Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata kejadian itu berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Baru Bangi kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Kejadian itu berlaku ketika dua pengawal keselamatan yang sedang menjinjing karung wang tersebut dari pusat membeli belah itu untuk dibawa ke sebuah van, telah didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal dan bersenjata pistol mainan, katanya.

Beliau berkata seorang daripada pengawal keselamatan itu yang menyedari pistol itu pistol mainan telah bertindak menarik suspek yang membonceng motosikal itu dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.
Lelaki berumur 20 tahun ini terus diberkas oleh orang ramai yang melihat kejadian itu, sementara penunggang motosikal yang berumur 30 tahun berjaya melarikan diri, katanya.

Beliau berkata bagaimanapun hasil siasatan polis, lelaki 30 tahun itu berjaya diberkas di sekitar Kajang dengan bantuan polis bantuan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Kedua-dua mereka disiasat bagi kesalahan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 394/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan, katanya. - Bernama

Related Posts:

  • Boleh cemar imej Nabi CABUT...sebahagian risalah kempen diambil untuk siasatan. PERIKSA...anggota penguat kuasa memeriksa tayangan slaid dalam komputer riba yang dirampas, semalam. IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS)… Read More
  • Pengasas implan payu dara PIP ditahan Pengasas Poly Implant Prothese (PIP), Jean-Claude Mas ditahan semalam. Dia berdepan dakwaan bunuh dan mencederakan tanpa niat. - REUTERS PARIS 26 Jan. - Polis Perancis menahan pengasas syarikat implan payu dara Poly… Read More
  • 2 tahun dibelasah teman wanita McNICHOLL menunjukkan kesan kecederaan pada badannya akibat dihentak dengan batang besi dan tukul besi.   LONDON: Seorang ahli perniagaan yang dibelasah teruk oleh teman wanitanya dan hampir kehilang… Read More
  • Suspek miliki tujuh rekod jenayahKUALA LUMPUR: Suspek yang ditembak mati dalam drama tebusan kanak-kanak di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu, disahkan mempunyai tujuh rekod lampau, empat daripadanya membabitkan penyalahgunaan dadah manakala tiga lagi ber… Read More
  • Video hina umat Islam, Ray Kelly didesak letak jawatanNEW YORK 26 Jan. - Kumpulan hak asasi Islam Amerika Syarikat (AS) semalam mendesak Pesuruhjaya Polis New York, Ray Kelly meletak jawatan ekoran kontroversi berhubung penyiaran berulang kali video yang menghina umat Islam. … Read More

0 comments:

Post a Comment