31 January 2012

MB Kedah sedia dipecat



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia dipecat berikutan tindakan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sehingga mencetuskan kontroversi dalam pakatan pembangkang

Azizan berkata, beliau tidak takut dan sesiapa yang mengkritiknya harus belajar undang-undang terlebih dahulu, lapor Berita Minggu.

Pemimpin PAS itu menjelaskan, AUKU masih terpakai di KUIN kerana institut pengajian tinggi itu tertakluk kepada peraturan Menteri Pengajian Tinggi, termasuk harus melaksanakan akta kontroversi itu.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, termasuk NGO, kumpulan pelajar dan daripada dalam Pakatan Rakyat sendiri apabila Azizan didakwa mengetepikan persetujuan bersama dalam Buku Jingga yang mahu menghapuskan akta itu.

Related Posts:

  • Ditampar kerana cemburu BALKISYH...buat laporan polis  KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun … Read More
  • "Saya rosakkan paru-paru sendiri"MELIHAT raut wajah Lau Swe Teng, 66, jelas terpancar seribu penyesalan. Namun, semua itu tidak berguna lagi apabila dia disahkan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) pada tahun 2001. Biarpun telah disahkan men… Read More
  • malu ke sekolahPETALING JAYA: Jurulatih pengakap sebuah sekolah menengah di sini menafikan dakwaan laporan akhbar yang menyatakan dia mencabul lebih 10 pelajar perempuan di bawah pengawasannya ketika sedang menjalankan latihan fizikal. J… Read More
  • Doktor cari tangan tercicir SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles. CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun. KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital G… Read More
  • Remaja Paling Tinggi Di MalaysiaSheikh Akmal Sheikh Imam berumur 16 tahun juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang berasal dari Seremban Biarpun mengalami kesukaran terutama ketika menaiki kenderaan atau mencari saiz seluar.Lebih… Read More

0 comments:

Post a Comment