31 January 2012

AS tak berani serang Iran


TEHERAN: Panglima Tentera Darat Iran semalam berkata, Amerika Syarikat tidak berani untuk melancarkan serangan ketenteraan terhadap Republik Islam itu.

“Meskipun Washington mengerahkan kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vinson ke Teluk Parsi dan Amerika Syarikat memiliki senjata canggih, negara itu dan sekutunya tidak akan berani untuk melancarkan serangan terhadap Iran,” kata Brigadier Jeneral Ahmad Reza Pourdastan.

Menurutnya, mereka gentar terhadap tentera dan negara Iran.


Awal Januari lalu, Pentagon mendakwa USS Carl Vinson yang membawa bersama-samanya 80 kapal terbang dan helikopter tiba di ‘kawasan tanggungawab’ (AOR). Menurut tanggapan Amerika Syarikat, kawasan itu membabitkan Teluk Parsi, Laut Merah, Teluk Oman dan sebahagian Lautan Hindi.

Pemerintah kanan tentera Iran itu berkata, Amerika Syarikat dan Barat meningkatkan ancaman dan mengenakan sekatan demi sekatan terhadap Iran yang semuanya terbukti tidak berkesan.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pada 5 Januari lalu mengumumkan perubahan strategi pertahanan negara itu bagi mengurangkan perbelanjaan ketenteraan.


Dokumen lapan muka surat itu bagaimanapun tidak mengandungi butir mengenai bagaimana perubahan itu akan memberi kesan kepada pengurangan tentera atau senjata, termasuk sama ada ia akan memberi lebih banyak tumpuan terhadap Asia dan mengurangkan tumpuannya di Eropah.

Pegawai Iran sudah memberi amaran, sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran akan menerima tindak balas serta-merta dan ia tidak akan terhad di rantau Asia Barat saja. - Agensi

Related Posts:

  • Perhimpunan Jemaah Islam SeduniaDHAKA 14 Jan. - Beratus-ratus ribu penganut Islam dari lebih 100 negara termasuk Malaysia, China, Amerika Syarikat (AS) dan Singapura mula membanjiri ibu negara Bangladesh bagi menghadiri perhimpunan tahunan Jemaah Islam S… Read More
  • Eva Longoria berasa 'takut'LOS ANGELES 14 Jan. - Pelakon siri drama Desperate Housewives, Eva Longoria mengakui dia berasa amat 'takut' dengan penggambaran terakhir siri tersebut. Pelakon itu dan rakan-rakan seperjuangannya kini dalam proses peggambar… Read More
  • Dua rakyat Malaysia didakwaSINGAPURA 14 Jan. - Dua rakyat Malaysia didakwa di mahkamah hari ini kerana memiliki peralatan membuat kad pengeluaran wang automatik (ATM) palsu. Mereka turut dituduh merancang untuk menggunakan kad ATM palsu itu bagi mem… Read More
  • Militan akui rancang serangan di BangkokBANGKOK 14 Jan. - Lelaki Lebanon yang ditahan, semalam kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Hizbullah hari ini mengakui, dia merancang untuk melancarkan serangan di Bangkok. Ketua Polis Bangkok, Priewpan … Read More
  • Serangan berani mati, 53 mautBASRA 14 Jan. - Seorang pengebom yang menyamar sebagai anggota polis meletupkan dirinya, mengakibatkan sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dalam satu serangan ke atas pengikut Syiah di bandar Basra, selatan Iraq, hari ini… Read More

0 comments:

Post a Comment