31 January 2012

Kanak-kanak guna telefon bimbit tonton bahan lucah meningkat


LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.

Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.


Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa.


Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM

Related Posts:

  • Kemesraan seorang Budak dengan seekor Ular Sawa Seorang kanak-kanak telah menjadikan haiwan berbahaya iaitu ular sawa sebagai haiwan peliharaannya. Semasa kanak-kanak tersebut berusia 3 tahun, bapanya menemui seekor ular sawa di dalam rumah mereka. Bapanya membawanya bal… Read More
  • Subhanallah! Bunga Mekar Semasa Azan Dilaungkan Beberapa kuntum bunga yang kelihatan layu tiba-tiba mengembang segar apabila sewaktu azan dilaungkan di masjid-masjid berdekatan. Perisitiwa ni telah mendapat perhatian dari media barat. Subhanallah, laungan Azan yang… Read More
  • Subhanallah! 40 orang Hindu Jadi Buta Sebab Runtuhkan Masjid Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Bacalah.Sekitar 40 orang … Read More
  • Subhanallah! Bayi Dilahirkan Dengan 2 Muka Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan… Read More
  • Hebat! Cara Orang Afrika Tangkap Ular Sekumpulan orang Afrika bertindak berani menangkap ular tanpa menggunakan sebarang perangkap. Mereka menggunakan segala keberanian mereka untuk menangkap haiwan berbisa tersebut. Sungguh luar biasa. Tidak sangka orang Afrik… Read More

0 comments:

Post a Comment