31 January 2012

Taktik berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan sebelum menyamun

KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya. 

Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa. 


“Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah.





“Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang,” katanya, semalam.



Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling.



Related Posts:

  • Peminat hantar hadiah pelik INILAH tiga ekor ayam yang dimasukkan dalam beg dan digantung di pintu pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. KUALA LUMPUR - Hidup seorang setiausaha sebuah syarikat Teknologi Maklumat di sini menjad… Read More
  • Suami hutang Ah Long, Isteri pula jadi mangsa PUI SI bersama anaknya menunjukkan risalah dan gambar yang diedar ah long bagi menuntut hutang suaminya di Kuala Lumpur baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Seorang wanita hidup dalam ketakutan akibat diganggu ah long ekoran … Read More
  • Samseng serang kedai nasi lemak Gambar Hiasan GEORGETOWN - Pemilik sebuah kedai nasi kandar di Jalan Penang di sini, mendakwa kerugian lebih RM10,000 apabila peralatan restoran dirosakkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi tadi. Pengurus Restoren Yasme… Read More
  • Mahathir dedah pemerintahan UMNO/BN khianati Wang Rakyat"Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa langkah kerajaan untuk menyelamatkan daripada MAS mengakibatkan kerugian dana awam, tetapi berhujah terdapat kes-kes yang lebih teruk daripada penyel… Read More
  • Kera mengganas di Teluk Intan ORANG ramai termasuk anggota bomba cuba menghalau kera liar (gambar kecil) yang mengganggu penduduk di Teluk Intan kelmarin. TELUK INTAN - Penduduk Kampung Bahagia di sini tidak lagi sebahagia seperti dahulu.Puncanya k… Read More

0 comments:

Post a Comment