17 January 2012

Rancang serang Iran

Rancang serang Iran
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dikatakan sedang dalam persediaan mengeluarkan perintah serangan ketenteraan terhadap Iran, jika sekatan kejuruteraan Washington gagal menghentikan program nuklear Tehran.

“Obama pasti mampu mengarahkan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran,” jelas Senator AS, Joe Lieberman dalam satu temu bual bersama agensi berita The Cable, Jumaat lalu.

Jelas Lieberman, tidak dipastikan sama ada Obama akan mengisytiharkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, walaupun sekatan kejuruteraan tidak bekerja, tetapi beliau yakin Presiden AS itu mampu dan bersedia berbuat demikian.

AS, Israel dan sekutunya kini menuduh Iran masih meneruskan program nuklear ketenteraan dan menjadikan dakwaan itu sebagai alasan untuk meyakinkan Majlis Kese­lamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sempat sekatan ke atas Iran.

Malam tahun baru lalu, dalam usaha menyekat syarikat asing dan bank yang menjalankan perniagaan dengan institusi kewangan Iran, Obama bertindak menandatangani undang-undang sekatan ekonomi terhadap Bank Negara Iran.

Selain disekat secara berterusan oleh Kesatuan Eropah, Tehran juga diancam Washing­ton dan Tel Aviv yang mahu menggunakan senjata nuklear dengan memberi pilihan serangan ketenteraan.

Related Posts:

  • Banduan di Penjara Bali buat rusuhan SEJUMLAH anggota polis tiba di luar penjara Kerobokan, Bali semalam. DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia semalam memulakan perpindahan banduan asing dan wanita dari sebuah penjara di Bali yang telah ditawan oleh sekump… Read More
  • Subhanallah! ada sungai dalam laut!!"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) Jika Anda terma… Read More
  • Buku paling tua di dunia MANUSKRIP tamadun Maya dipamerkan di muzium perpustakaan Saechischen Landesbibliothek, di Dresden,timur Jerman kelmarin. DRESDEN, Jerman - Satu manuskrip tamadun Maya pada abad ke-13 yang dianggap sebagai salah sebuah bu… Read More
  • Ayam layan dangdut untuk cepat membiak JAKARTA - Dendangan muzik rancak seperti dangdut serta irama muzik perlahan yang diperdengarkan kepada ayam pedaging oleh ratusan penternak di desa Sumbersuko,… Read More
  • 200 orang cedera dan 50 maut dalam letupan bom di Iraq SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian letupan bom di bandar Kirkuk semalam. BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 50 orang maut semalam ekoran satu siri serangan bom bertubi-tubi di sebua… Read More

0 comments:

Post a Comment