Makassar – Pakar bedah bandar raya ini berjaya mengeluarkan sebutir
peluru dari tengkorak kepala bayi berusia setahun dalam pembedahan yang
mengambil masa sejam.
Bayi terbabit, Fatir Muhammad cedera di kepala selepas terkena tembakan peluru sesat pada 1 Februari lalu.
Fatir dilaporkan dalam keadaan baik selepas pembedahan itu. Dia masih dirawat di unit rawatan rapi dan dibantu alat pernafasan.
Peluru yang dikeluarkan dari kepala Fatir dikategorikan sebagai
peluru berbahaya. Hingga kini identiti penembak masih belum diketahui.
Pengarah hospital Dr Abdul Kadir berkata, pembedahan berjalan lancar dan selesai lebih cepat daripada jangkaan.
Prosedur berkenaan dilakukan sepasukan lapan doktor menggunakan peralatan canggih. – Agensi
0 comments:
Post a Comment