18 February 2013

Lelaki mempunyai Dua Wajah Hidup dalam Tekanan

Lelaki ini bernama Edward Mordake dan dia mempunyai keistimewaan yang sangat luar biasa iaitu memiliki dua wajah.

Satu pada bahagian depan yang benar-benar berfungsi sebagai wajah manusia sempurna manakala pada bahagian belakang pula hanya mampu tersenyum.

Edward Mordake yang hidup pada abad ke-19, dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan Inggeris.

Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan mendidiknya dengan penuh kasih sayang.

Namun, apa yang merunsingkan keluarganya apabila mereka tidak dapat merawat Edward dengan baik kerana ketiadaan alatan pembedahan yang canggih yang membuang wajah keduanya itu.

Edward sebenarnya mempunyai wajah yang tampan dan keperbadian mulia, namun ketampanan itu hanya dilihat dari depan, apabila dia memusingkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan akan kelihatan.

Sementara itu, beberapa kisah ada menyebutkan yang wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama.

Cerita lain pula mengatakan wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan.

Oleh kerana terlalu banyak sangat kata-kata negatif, Edward dikatakan tertekan.

Akhirnya Edward tidak tahan lagi untuk mengharungi kehidupannya lantas membuat keputusan dengan membunuh diri pada usia 23 tahun.

Lihat gambar edward ini…



Related Posts:

  • Diantara berlian yang paling terkenal di dunia Berlian adalah salah satu daripada batuan yang paling berharga. Keindahannya sangat menakjubkan dan merupakan simbolik yang terkenal. Oleh itu, ianya telah menjadi keinginan setiap wanita untuk memilikinya sekurang-kurangny… Read More
  • 1 Video dan 19 Gambar Ular-ular Berkepala 2 Ular berkepala dua memang jarang berlaku.Setiap haiwan berkepala dua mempunyai keunikan tersendiri. Polycephaly adalah salah satu istilah haiwan yang mempunyai lebih daripada satu kepala. Istilah ini berasal daripada Yu… Read More
  • Hati-hati bila anda menikmati makanan di Resturant halal di China Di China, banyak dijumpai kedai-kedai makan dan restauran yang meletakkan tulisan halal. Namun jangan tertipu dengan tulisan label halal yang disenaraikan. Faktanya, banyak restauran halal di China yang menjual makanan da… Read More
  • 11 jenis bunga tercantik di dunia Bunga-bunga yang paling cantik, bersama-sama dengan reka bentuk dan skim warna, mewujudkan perasaan yang meningkatkan mood kita. Ianya adalah satu cara mudah dan ikhlas untuk menaikkan semangat kita. Bunga-bunga yang paling… Read More
  • Taman-taman paling indah di dunia Alam yang dicipta oleh Allah swt ini sentiasa menjadi sumber tenaga dan kesegaran yang terbaik. Taman-taman adalah tempat yang paling sempurna untuk dikagumi. Ini kerana warna-warna, aroma dan reka bentuknya sangat unik&nbs… Read More

0 comments:

Post a Comment