21 February 2013

Ibu Tanam Bayi Hidup-Hidup di Tampin

Seorang perempuan ditahan polis kerana disyaki membuang dan menanam seorang bayi lelaki di Tampin tidak lama selepas bayi dilahirkan.
Tempat mayat bayi ditanam.
STATUS kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini.

Difahamkan, suspek berusia 25 tahun pergi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan jam 1 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sejurus menerima laporan daripada HM, sepasukan polis diketuai Cif Inspektor Azmi Abdul Salam bergegas ke hospital itu untuk menahan wanita berkenaan.

“Selepas disoal siasat, suspek membawa anggota polis ke tempat mayat bayinya ditanam di kawasan semak di Jalan Batu Belang. Bayi itu dipercayai ditanam pada sebelah petang.

“Polis mengambil masa hampir setengah jam untuk menggali dan mengeluarkan mayat bayi lelaki yang sudah reput dan berkecai itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut beliau, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tampin sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kata Wooi, suspek dari Taman Indah, dekat sini, direman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, bayi itu dipercayai dilahirkan pada 22 November dan suspek kini dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221/ 06-4411222 bagi membantu siasatan.

P/S: Anak itu merupakan amanah Allah kepada kita. Membunuh bayi yang telah dilahirkan adalah satu tindakan yang sangat kejam dan melampaui batas. Sedangkan binatang pun boleh sayangkan anak, kenapa tidak si ibu? Suami juga perlu memainkan peranan yang penting, kalau dah tahu isteri mengandung, tak usah buat perkara “pelik-pelik”. Bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka, hanya akan tertutup apabila nyawa sudah melayang.

Related Posts:

  • Kumpulan kongsi gelap parah kena tetak dengan parang panjang Gambar Hiasan GEORGE TOWN 21 Februari 2012 - Seorang lelaki dipercayai anggota sebuah kumpulan kongsi gelap di sini cedera parah selepas diserang dua lelaki yang bersenjatakan parang panjang di Jalan Anson di sini awal pa… Read More
  • Gigit telinga polis kena penjara 2 bulan MOHD. SHUKRI diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas dia didenda RM2,000 semalam. KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang duda yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga hampir putus min… Read More
  • Ketua juruwang Mydin pulak pecah amanah RM46,000KUALA LUMPUR - Seorang ketua juruwang Mydin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah melibatkan RM46,000, Khamis lepas. Rohaiza Tan @ Rohaiza binti Tan, 30, didakwa selaku… Read More
  • Cedera parah akibat bermandi peluruGOMBAK – Tidak diketahui apa puncanya, tiga lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan pemuda yang memakai topeng ski di Apartmen Gardenia Court di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin. Dala… Read More
  • Sepasang kekasih kena pukul dan kena bogel Gambar Hiasan DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di… Read More

0 comments:

Post a Comment