15 January 2012

RM100 habuan sambut mercun

PADANG BESAR: Upah RM100 untuk lambung. Itu habuan beberapa peniaga bunga api dan mercun di Padang Besar, Thailand, dekat sini, kepada peniaga tempatan yang bersedia membantu menyeludup bahan terlarang itu masuk ke Malaysia.
Mereka yang berminat diberi upah membawa kotak mercun ke pagar sempadan sebelum melambungnya melepasi pagar sempadan untuk disambut wakil pembeli yang membuat pesanan di Malaysia.

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, aktiviti penyeludupan cara berkenaan didapati semakin menjadi-jadi menjelang Tahun Baru Cina yang disambut minggu depan.
“Taktik itu dikesan UPP selepas menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan pusat transit bahan letupan berkenaan sebelum diedarkan ke beberapa lokasi,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan jam 7.45 malam Rabu lalu, UPP merampas 60 kotak mercun pelbagai jenis yang dipercayai diseludup menggunakan taktik ‘lambung’ melepasi pagar sempadan di Kampung Melayu, di sini.

Katanya, mercun bernilai hampir RM60,000 itu ditemui di dalam sebuah stor di sebuah rumah di Kampung Kok Mak, di sini, sebelum menahan seorang lelaki berusia 22 tahun.
“Lelaki berkenaan mengaku menyeludup semua bahan letupan berkenaan dari Thailand dan membawanya melalui pintu pagar sempadan dengan bantuan peniaga negara jiran itu.

“Dua pikap digunakan bagi membawa 60 kotak mercun berkenaan ke rumah lelaki terbabit selepas kotak mercun berkenaan dilempar melalui pagar sempadan,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu mendakwa perlu membayar upah RM100 bagi setiap kotak yang dilempar ke negara ini.

Semua mercun berkenaan dirampas dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000.

Related Posts:

  • 2 beradik mati berpelukanTAWAU: Akrab hingga ke akhir hayat. Itulah gambaran tragedi membabitkan dua beradik yang mati rentung dalam keadaan berpelukan apabila rumah mereka di Kampung Titingan di sini, terbakar, awal pagi semalam. Dalam kejadia… Read More
  • Dipijak enggan lunas RM5,000 RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan dua suspek sebelum menculik mangsa. SAKIT...Mohd Akhtar menunjukkan luka pada lengannya. KUALA LUMPUR: “Kepala saya dipijak bertubi-tubi, badan saya dipukul dan tangan ka… Read More
  • Cemburu SMS bawa padahKUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca… Read More
  • Keluar kereta disiram asidTUMPAT: Seorang ejen insurans melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki di Kampung Tendong, dekat Pasir Mas, kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa,… Read More
  • 9 paket Heroin dirampasKEMAMAN – Sebanyak sembilan paket dadah jenis Heroin seberat 153 gram berjaya dirampas polis susulan penangkapan tiga individu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Titian Berayun, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam. … Read More

0 comments:

Post a Comment