29 January 2012

Mati selepas bawa keluarga bercuti

KOTA BHARU 29 Jan. - Hasrat seorang bapa untuk membawa keluarganya bercuti tercapai, namun berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia di bilik penginapan mereka di sebuah hotel di sini pagi ini.

Md. Isa Eden, 53, bersama keluarga sepatutnya pulang ke kampung halaman di Selangor selepas bercuti di sini sejak tiga hari lalu, namun dia meninggal sewaktu menunaikan solat Subuh.

Menurut isterinya, Liza Jamaludin, 43, arwah suaminya menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung hampir setahun lalu mengadu rasa sakit-sakit badan yang menyukarkannya untuk bangkit dari tidur.

"Saya nasihatkan dia supaya rehat dulu, tiba-tiba wajahnya nampak lain, nafasnya macam nampak tersekat-sekat sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam masa beberapa saat saja.

"Dengan bantuan kakitangan hotel bersama pegawai keselamatan arwah suami saya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan," katanya semasa ditemui di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan hari ini.

Related Posts:

  • 2 beradik ditemui dalam keadaan menyayat hati ANGGOTA bomba memadamkan sisa api yang menyebabkan sepuluh buah rumah hangus dan dua beradik rentung di Pontian, Johor semalam. PONTIAN – Mayat dua beradik ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila hanya tinggal … Read More
  • Pelacur muda Sabah diserbu BEBERAPA wanita disyaki pelacur yang ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Pahat kelmarin. BATU PAHAT - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila dida… Read More
  • Menteri UMNO paling biadabKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (La… Read More
  • Nak letak jawatan kau punya pasal. Duit rakyat rm250 juta sila pulangkan segera!Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April). … Read More
  • Perogol bersiri Malaysia dijel 16 tahun DI bangunan asrama pekerja di Lembah Sireh, Kota Bharu, Amran ditahan ketika cuba merogol seorang jurujual sebuah pasar raya. KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang w… Read More

0 comments:

Post a Comment