31 January 2012

Polis Malaysia baru ada kesedaran nak fasih dalam bahasa Inggeris



Polis perlu fasih Inggeris
GEORGETOWN - Bagi meningkatkan kefahaman dan komunikasi bahasa Inggeris dalam kalangan anggota polis, Pusat Bahasa Asian Global dan Kolej Georgetown dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri mengadakan kursus bahasa itu selama dua hari bermula semalam.

Kursus itu dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar kolej terbabit dan disertai 30 anggota polis Unit Pelancong.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ia adalah salah satu usaha swasta membantu  polis memantapkan pengetahuan bahasa itu.

Beliau berkata,sehingga kini hanya 25 peratus daripada 5,000 anggota polis dari semua jabatan di Pulau Pinang yang fasih berbahasa Inggeris manakala 60 peratus di peringkat sederhana dan 15 peratus tidak fasih.

"Kami memilih anggota unit pelancong kerana mereka penting sebagai satu badan komunikasi kepada orang awam terutama kepada pelancong asing.

"Polis pelancong di negeri ini perlu memiliki kemahiran bahasa Inggeris dengan baik agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna," katanya kepada media selepas merasmikan kursus berkenaan di Kolej Georgetown di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya sedang merancang mengadakan kursus bahasa itu secara berperingkat pada masa akan datang bagi memastikan semua anggotanya mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Ini kerana Pulau Pinang menjadi salah satu tempat percutian yang terbaik di dunia dan sering mendapat perhatian pelancong asing.

"Pada 2010, Malaysia menerima lebih 24 juta pelancong, jadi seharusnya kita menjaga nama baik negara supaya dapat dijadikan contoh kepada negara lain," katanya.

Related Posts:

  • Kisah di Sebalik Wang baru dan PRU13 Wang baru ini boleh digunakan pada Julai 2012 sebelum Hari Raya tahun lepas. Dan tahu kenapa wang baru ini dilancarkan hampir menjelang Hari raya..? Sebabnya pada masa itu penerimaan orang ramai untuk menggunakannya yang… Read More
  • ISU MAHKAMAH: Anwar Menang Saman Selepas Kahiry Tarik Balik Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.Khairy sebelum ini… Read More
  • Anak Perempuan Mahathir ni selamba jer minum Arak Ini macam mana? http://en-gb.facebook.com/people/Maizura-Mahathir/738982572 Gembira lepas minum Air sirap. Termenung lepas kena Air sirap. Tersedak Air sirap ke minaci? Cuba cari… Read More
  • Kelantan Negeri Miskin :: KELANTAN DARUL MISKIN ::. Di negeri miskin itulah, Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat. Di negeri miskin itulah, Seorang PM boleh berhilai tawa menghina Kelantan. Di negeri miskin itulah, Jual beli dihent… Read More
  • Video Datuk M. Nasir Kini Bersama Pembangkang Sekian lama kita tidak mendengar kisah selebriti menyertai parti politik. Terbaru ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini dikatakan semakin aktif dalam aktiviti berpolitik bersama-sama barisan part… Read More

0 comments:

Post a Comment