21 February 2012

Sepasang kekasih kena pukul dan kena bogel

Gambar Hiasan
DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.

Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.

Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.

Related Posts:

  • 100,000 pil ditelan untuk hidup PAYA RESAK - Bagi sesetengah orang berada di hospita… Read More
  • Pembantu jurutera selamatkan 23 pelajar KLANG - Tindakan pantas seorang penolong jurutera mengarahkan pelajar sebuah sekolah agama di sini keluar menyelamatkan diri apabila melihat asap tebal dari bangunan itu, menyelamatkan nyawa 23 pelajar sebuah sekolah agam… Read More
  • Curi besi buruk nak beli beras di MalaysiaSekarang ini kita menyambut Maulid Nabi. Marilah kita sambut dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW yang begitu amat mengambil berat mereka yang kesusahan dan kelaparan. Dibawah ini kisah benar yang disiarkan di beberapa blog … Read More
  • Anak dan bapa bersanding serentakSUNGAI BULOH: Cuti umum sempena Maulidur Rasul, semalam, tidak hanya memberi makna besar kepada umat Islam tempatan apabila meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, sebaliknya kegembiraan berganda kepada sebuah keluar… Read More
  • Suami gigit jari manis isteriAMPANG: Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klan… Read More

0 comments:

Post a Comment