19 February 2012

Najib tidak faham Negara Berkebajikan

Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.

Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan.

Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.

Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa ‘Negara Berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Related Posts:

  • Media dan pilihan raya adil Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Terminologi akar umbi “dēmokratía” yang berasal dari bahasa Greek ini memberi maksud – “rule… Read More
  • AirAsia kalau taknak kena saman lagi,sila nyatakan harga sebenar Syarikat penerbangan AirAsia apabila mempromosikan harga tiket murah ke beberapa destinasinya sama ada penerbangan tempatan atau ke luar negara hendaklah menyatakan harga bersih (all-in) kerana kadang kala pelanggan aga… Read More
  • Kecewa keluarga pemimpin boros, tak tutup aurat KUALA LUMPUR, 20 Feb: Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarga dengan ajaran Islam sebenar tidak… Read More
  • PAS dan negara haram IsraelBumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad  S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah,… Read More
  • Najib tidak faham Negara Berkebajikan Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memah… Read More

0 comments:

Post a Comment