23 February 2012

Gila lelaki ini tanam Kamera dalam kepala


Lelaki Iraq bernama Wafaa Bilal yang juga profesor fotografi di New York University’s Tisch School of Arts, ini ingin merakam kehidupannya dari dua sisi sekaligus dan munculah idea tak masuk akal, menempatkan dan melekatkan kamera pada tengkorak kepala??

Tapak kamera dipasang menggunakan bahan diperbuat dari titanium di belakang kepalanya. Dengan itu, ia dapat merekam gambar video secara ‘real time’ semua perkara dan visualiti yang berada di sekelilingnya.

Kamera yang terpasang melalui operasi pada Desember 2010 itu, mampu mengambil sebuah gambar dalam satu minit. Kamera yang sama juga berfungsi sebagai penanda GPS.

Menurut Wafaa, hal ini tetap dilakukan demi kecintaannya terhadap seni. Semua gambarnya akan dijadikan sebuah persembahan berupa seni kontenporeri di Muzium Seni Doha, Qatar.

Walaupun mengakui operasi pemasangan di sebuah salon body piercing sangat menyakitkan, Wafaa gembira kerana dapat merakam visual kehidupan sehariannya.

“Bila mengingat peristiwa yang terjadi di kota Najaf yang penuh bom ketika kami menyelamatkan diri, saya sangat teringin untuk merakamnya,” katanya dipetik BBC News.”



Namun kaedah lelaki Iraq ini terhenti setelah sebulan lebih menjalankan misinya. Tubuhnya tidak boleh menerima alat kamera tersebut. Pada 3 Februari 2011, doktor melakukan operasi membuang set kamera tersebut kerana menimbulkan risiko kesihatan. Menurut doktor lagi, pemasangan kamera tersebut menyebabkan gangguan dan rasa sakit walaupun diubati dengan antibiotik dan steroid.

Wafaa tidak menyerah kalah, dia menyatakan di laman webnya WafaaBilal.com bahawa akan segera menggunakan kamera lain setelah sihat semula. Namun kali ini dia akan menggantungkan kamera bertali pada lehernya yang mana fungsinya tetap sama, boleh mengambil gambar dan merakam video.

Related Posts:

  • 1001 Tafsir mimpi Tentang pada diri kita 1. Mimpi rambutnya putih : Akan cepat beruntung dalam usaha dan akan berumur panjang.2. Mimpi rambutnya merah : Akan mempunyai perasaan hati yang tidak enak.3. Mimpi rambut menutup mata : Akan mengalami celaan atau ejekan… Read More
  • Menarik! Enam Kelemahan Makhluk bernama Jin Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa co… Read More
  • Subhanallah! Ikan Yang Boleh Memanjat Dinding Sejenis Spesies ikan yang unik telah ditemui oleh penyelidik Amerika Syarikat..Iaitu ikan yang boleh memanjat dinding setinggi 100meter dengan munggunakan mulut..Seperti yang dilaporkan dari laman web LiveScience, 7 janua… Read More
  • Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan Gambar Hiasan 1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak TanahGolongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Di… Read More
  • Kisah sedih pengorbanan seorang doktor Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..dia mendapati ayah kepada budak y… Read More

0 comments:

Post a Comment