23 February 2012

Rugi hampir RM10,000 akibat kereta terbabas masuk rumah



AHMAD melihat kereta Toyota Camry yang terbalik selepas terbabas dan merempuh rumahnya di Taman Tiroi, Seremban malam semalam.



SEREMBAN - Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi, Labu di sini malam semalam ketika penghuninya sedang solat Isyak.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya, Khairul Baiyinah, 11, terselamat.

Ahmad berkata, mereka terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum terdengar dentuman pada dinding bersebelahan bilik mereka solat. 

"Anak saya menjerit ketakutan dan memeluk saya. Saya kemudian keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Saya dapati sebuah kereta Toyota Camry sudah terbalik dan orang ramai menolong mengeluarkan pemandunya yang cedera," katanya.

Ahmad berkata, dia kerugian hampir RM10,000 akibat dua buah motosikal, dinding rumah dan perkakasan dalam rumahnya rosak teruk.

Related Posts:

  • Harimau bintang baham wanita hamil HARIMAU bintang yang dikurung di zoo di Guwahati selepas ditangkap semalam. MOZIZ...mangsa.   GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintan… Read More
  • Tragedi lampu merah REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang. HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan. GEORGETOWN: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang dre… Read More
  • Terlalu gembiraKUALA KANGSAR: Seorang tauke kilang kicap tidak sempat merasai masakan ikan terubuk yang digemari apabila maut dengan kepala hampir pecah akibat digilis tayar lori. Pengusaha kilang kicap jenama Bunga, Mohd Azmi Zakaria… Read More
  • Syiling 50 sen dalam perut anakIPOH: Sepasang suami isteri pucat lesi apabila anak kecil mereka yang berusia enam tahun menelan sekeping syiling 50 sen. Lebih membimbangkan apabila syiling itu didapati masih tersangkut di usus perutnya sejak lapan har… Read More
  • 10 pelancong selamat, 3 kru bot terbalik hilangMANILA: Seramai 10 pelancong asing diselamatkan tetapi tiga kru kabin masih hilang selepas bot mereka terbalik di perairan pulau peranginan popular Boracay, kata polis, semalam.  Menurut kenyataan dikeluarkan ibu pej… Read More

0 comments:

Post a Comment