23 February 2012

Sudah tujuh kali langkah al-Quran kerana dipaksa mentua

BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya.
BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya.
KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapatkan kembali isteri dan anak-anak, seorang saudara baru mengadu kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), selain membuat laporan polis.

Sebelum ini, Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang beragama Islam.

Dia mendakwa, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Mohd Ikmal mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disember 2008 ketika dia bertandang ke rumah mereka bagi menjemput isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga serta lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.

“Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya.

Related Posts:

  • Israel: Amaran Anwar, 'jangan belit kenyataan saya' SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu men… Read More
  • Polis tahan 26 pelacur asing KUALA LUMPUR -  Dua puluh enam pelacur rakyat asing diberkas dalam serbuan polis di sebuah rumah teres tiga tingkat di Pandan Perdana, Ampang, di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Ami… Read More
  • Jurulatih sementara Kedah letak jawatan serta-merta ALOR SETAR - Jurulatih sementara Kedah Mohd Nidzam Adzha, yang menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung tujuh perlawanan Liga Super, meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan prestasi hambar pasukan ken… Read More
  • Kelantan kukuh cengkaman Liga Super KUALA LUMPUR - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perakapabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi. Dengan kemena… Read More
  • Polis tahan 13 Orang Asli bantah pencerobohan GUA MUSANG - Polis menahan 13 Orang Asli, yang dipercayai mengetuai perhimpunan haram 800 penduduk kaum itu di Kampung Parik di sini, kerana mengingkari arahan untuk bersurai. Perhimpunan itu diadakan sejak awal pagi dan men… Read More

0 comments:

Post a Comment