21 February 2012

Pakaian Telanjang

KUALA LUMPUR, 19 Feb 2012: Dewan Ulamak PAS Pusat amat kesal dengan sikap segelintir ahli perniagaan yang mempromosikan pakaian yang bersifat 'berpakaian tapi telanjang', dengan berselindung di bawah terma pakaian busana muslimah.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, di antara pakaian wanita yang dipromosikan itu, terdapat juga pakaian yang dikategorikan sebagai 'jubah', tetapi ia hanyalah untuk mengelabui pandangan mata orang ramai sahaja.

Menurutnya, sedangkan hakikatnya, pakaian yang dipromosikan itu tidak menepati ciri pakaian Islam kerana ketat dan menampakkan bentuk badan.

Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula kelmarin.

"Rakyat negara ini terutama pimpinan Pakatan Rakyat yang beragama Islam di semua peringkat perlu mendokong kempen tersebut yang bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat"," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Kelmarin Harakahdaily atas tajuk "Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat dilancar" melaporkan, kempen tersebut akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam.

Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu terrtentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat.

Katanya lagi, tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.

Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.

“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya.

“Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.

Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam.

Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.

“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.

Menurut Khairuddin, kempen tersebut bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam akan kewajipan semua kaum Muslimin sama ada wanita mahupun lelaki agar menjaga aurat mereka dalam berpakaian seperti yang diwajibkan dalam ajaran Islam.

"Kempen ini selari dengan peringatan Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih yang menyentuh secara langsung tentang cara berpakaian dalam Islam," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Hadis tersebut bermaksud; "Dua golongan daripada kalangan ahli neraka, saya tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki-lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta"."

Related Posts:

  • Iklan Produk Anda  IKLAN DI BLOG  Adakah anda tidak berpuas hati dengan pengiklanan produk? Andakah anda tidak mampu untuk bina blog sendiri? Jangan Risau! Saya akan jelaskan cara mudah untuk anda pasarkan produk dengan mend… Read More
  • Semakan Status Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Semakan Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia  – status Permohonan  BR1M – semak keputusan Br1m – brIm Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjay… Read More
  • Kisah di Sebalik Wang baru dan PRU13 Wang baru ini boleh digunakan pada Julai 2012 sebelum Hari Raya tahun lepas. Dan tahu kenapa wang baru ini dilancarkan hampir menjelang Hari raya..? Sebabnya pada masa itu penerimaan orang ramai untuk menggunakannya yang… Read More
  • Restaurant dalam Laut Yang Indah Bernafas di lautan dalam. Sebuah restoran di bawah laut Ithaa di Conrad Maldives Rangali Island resort, direka dan dibina oleh New Zealand firma MJ Murphy, Ithaa di restoran pertama dunia air yang dibuat daripada kaca- te… Read More
  • Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru yang dikeluarkan pada Mac 2011 dan Mac 2012 untuk menggantikan lajur Electronic Power Steering (EPS) melalui kempen yang dinamakan “Preventive Measure Campaign”… Read More

0 comments:

Post a Comment