23 February 2012

Budak curi kabel mati kena renjatan elektrik

SEREMBAN - Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik, dipercayai ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Munawir, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 46 tahun itu ditemui maut dalam keadaan memeluk kabel elektrik, oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata, mangsa yang berasal dari Labu, dekat sini dipercayai seorang penagih dadah dan tidak bekerja.

"Lelaki itu ditemui hanya berseluar tanpa memakai baju dan kasut dalam keadaan memeluk kabel elektrik.
"Dia dipercayai mahu mencuri kabel elektrik pasar raya berkenaan namun terkena renjatan elektrik dan mati di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Related Posts:

  • mati di ruang tamu KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga kain ditemui mati… Read More
  • Doktor cari tangan tercicir SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles. CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun. KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital G… Read More
  • Remaja Paling Tinggi Di MalaysiaSheikh Akmal Sheikh Imam berumur 16 tahun juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang berasal dari Seremban Biarpun mengalami kesukaran terutama ketika menaiki kenderaan atau mencari saiz seluar.Lebih… Read More
  • malu ke sekolahPETALING JAYA: Jurulatih pengakap sebuah sekolah menengah di sini menafikan dakwaan laporan akhbar yang menyatakan dia mencabul lebih 10 pelajar perempuan di bawah pengawasannya ketika sedang menjalankan latihan fizikal. J… Read More
  • Ditampar kerana cemburu BALKISYH...buat laporan polis  KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun … Read More

0 comments:

Post a Comment