23 February 2012

Buku paling tua di dunia


MANUSKRIP tamadun Maya dipamerkan di muzium perpustakaan Saechischen Landesbibliothek, di Dresden,timur Jerman kelmarin.


DRESDEN, Jerman - Satu manuskrip tamadun Maya pada abad ke-13 yang dianggap sebagai salah sebuah buku paling tua di dunia dipamerkan di muzium perpustakaan Saechischen Landesbibliothek di sini.

Manuskrip itu dikenal pasti sebagai satu manuskrip Maya pada tahun 1853.

Sebelum tahun 1853, manuksrip itu yang dibeli oleh muzium tersebut pada 1739 dikenali sebagai Buku Mexico.

Manuskrip tersebut mengandungi 39 muka surat dibuat daripada serat kulit kayu.

Ia mengandungi gambar, nombor, hiroglif, kalendar, pengiraan bintang buruj, bulan dan gerhana matahari selain cuaca.

Hanya beberapa daripada 750 lambang dalam manuskrip itu telah diketahui setakat ini.
Pameran kod Maya akan berlangsung dari 24 Februari hingga 12 Mei 2012. - AFP

Related Posts:

  • Ketampanan lelaki tingkat peluang hamilPHILADELPHIA: Satu kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Pennsylvania menyatakan bahawa penampilan fizikal dan ketampanan seseorang lelaki mempunyai fungsi besar untuk meningkatkan peluang kehamilan pasangannya. K… Read More
  • Salji landa Kabul dianggap petanda tuah SEORANG penduduk mengayuh basikal di satu kawasan yang dipenuhi salji di Kabul, semalam. - Foto AFPKABUL: Jika telahan rakyat Afghanistan benar dan salji membawa tuah, negara bergolak itu dijangka menerima berita baik di te… Read More
  • Ratu Amerika format realiti TVLAS VEGAS: Ratu cantik Wisconsin, Laura Kaeppeler, dinobatkan sebagai Ratu Amerika Syarikat 2012 kelmarin dalam pertandingan yang dikemaskini dengan format realiti televisyen, termasuk undian ‘selamat’ seorang peserta dan … Read More
  • ElBaradei tidak mahu jadi presidenKAHERAH: Pemimpin pembaharuan Mesir, Mohamed ElBaradei, menarik diri daripada persaingan sebagai presiden, dan berkata pilihan raya adil tidak boleh dilakukan dengan cengkaman pemerintahan tentera hampir setahun selepas pe… Read More
  • Indonesia pantau 25 gunung berapiPADANG: Dua puluh lima gunung berapa di Indonesia menunjukkan aktiviti tidak normal atau diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga atau status pemantauan, kata pembantu khas presiden, Andi Arief, kelmarin. “Menurut data rasmi… Read More

0 comments:

Post a Comment