29 February 2012

Ngeri! Kemalangan kereta terbakar hingga rentung



ANGGOTA bomba mengangkat mayat Che Arminudin dan Marissa Alma yang rentung dalam kemalangan di Kota Bharu kelmarin.



KOTA BHARU - Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka menaiki pesawat tidak sempat menjamah makan malam apabila mereka ditemui rentung selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Padang Kala dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.40 malam itu mengakibatkan Che Arminudin Abdullah, 42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush yang mereka naiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger lalu terbakar.

Che Arminudin merupakan guru subjek kemahiran di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dekat sini.

Pemandu dan penumpang Ford Ranger itu, Azaizurie Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecil, Melor dan Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, dari Kampung Gaung, Lati, Pasir Mas pula cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Mereka nyaris rentung namun sempat dikeluarkan oleh orang ramai yang datang membantu.

Isteri mangsa, Marzuany Syuhaida Mohamad Sukri, 39, memberitahu, dua beranak itu keluar pada pukul 7.30 malam dan dikatakan akan makan malam selepas pulang menghantar saudaranya berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Related Posts:

  • Ibu berhadapan asap tebal HANGUS...dua rumah terbakar menyebabkan kerugian lebih RM200,000, kelmarin. KUANTAN: “Dalam keadaan kelam-kabut dan asap tebal, saya terpaksa menahan nafas sambil meraba-raba mencari dua anak yang ketika itu terperangkap d… Read More
  • Anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Hasryzam yang ditemui lemas ketika mandi manda di Pantai Cherating, Kuantan semalam. KUANTAN - Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak ya… Read More
  • Wanita OKu terselamat dari kebakaranSUNGAI PETANI — Setelah menyedari rumahnya terbakar, seorang wanita kelainan upaya (OKU) Faizah Adnan, 35, segera mengejutkan dua orang adiknya yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri.  Dalam kejadian pada pukul 9.1… Read More
  • Pagar rumah guru dirempuh jentolak KEADAAN pagar rumah dan kereta milik Rozaidah yang rosak akibat dirempuh jentolak di Taman Desa Alam, Seksyen U12, Shah Alam semalam. SHAH ALAM - Seorang guru yang bersiap-siap untuk keluar mengajar pada sesi petang … Read More
  • Bapa undur kereta lenyek kepala anak  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang Selasa. Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian ak… Read More

0 comments:

Post a Comment