23 February 2012

Chelsea kian kecundang

PEMAIN Napoli, Ivan Lavezzi (dua dari kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan
sepasukan pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, awal pagi semalam.

PEMAIN Napoli, Ivan Lavezzi (dua dari kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo, awal pagi semalam.
 
BUAT pertama kali sejak 1996, England berdepan kemungkinan tanpa wakil dalam saingan suku akhir kancah Liga Juara-Juara Eropah.

Kelmarin, Chelsea kecundang kepada Napoli 3-1 di gelanggang lawan dan Arsenal berdepan ranjau besar mengatasi defisit kekalahan 4-0 kepada AC Milan, bulan depan. 
 
Apa pun, Chelsea masih ruang untuk mengalih keputusan memihak kepada mereka apabila berdepan lawan dari Itali itu di Stamford Bridge pada 14 Mac ini dengan gol dari gelanggang lawan. 
 
Hanya tiga pasukan berjaya menterbalikkan defisit dua gol sejak format Liga Juara-Juara diperkenalkan 20 tahun lalu dan Villas-Boas mahu Chelsea menjadi pasukan keempat mencapainya.

Bicara hangat sama ada Andre Villas-Boas akan kekal selaku pengurus pasukan apabila menentang Napoli kelak juga memuncak ketika ini. “Spekulasi akan berterusan dengan keputusan seperti ini. Kita harus menyelesaikan masalah bahagian benteng,” kata pengendali berusia 34 tahun itu.

Related Posts:

  • Punca Kedah merosot WAN JAMAK masih menjalani penggantungan tujuh perlawanan dan belum boleh melatih skuad Kedah buat sementara waktu. SETELAH prestasi hambar yang dipamerkan oleh pemain sebagai punca kemerosotan Kedah, kali ini kelemahan … Read More
  • Tidak kisah sesi latihan diintai Skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee tidak gentar sekiranya sesi latihan mereka di Bahrain diintai oleh media negara tersebut. - Gambar hiasan PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee sememangnya cukup ‘gentleman’.Apa t… Read More
  • FIFA mahu laporan penuh rusuhan di Mesir KERATAN Kosmo! semalam. LONDON - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan meminta laporan penuh daripada pihak berkuasa Mesir ekoran rusuhan yang berlaku pada perlawanan bola sepak yang menyebabkan kematian s… Read More
  • Nazmi tekad harumkan negara NAZMI (kiri) menghalang pemain Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23 November tahun lalu. MUHAMMAD Nazmi Faiz Mansor.Nama yang tidak asing bagi peminat-peminat seti… Read More
  • Hafiz yakin buru mata bantu skuad Piala Thomas MUHAMMAD Hafiz akan berusaha untuk mendapatkan mata bagi membantu skuad Piala Thomas negara. KUALA LUMPUR - Bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim optimis untuk memburu satu mata bagi membantu skuad negara melep… Read More

0 comments:

Post a Comment