19 February 2012

AirAsia kalau taknak kena saman lagi,sila nyatakan harga sebenar

Syarikat penerbangan AirAsia apabila mempromosikan harga tiket murah ke beberapa destinasinya sama ada penerbangan tempatan atau ke luar negara hendaklah menyatakan harga bersih (all-in) kerana kadang kala pelanggan agak terkeliru dengan promosi yang di dalam iklan di akhbar-akhbar tempatan.

Apabila dibuka laman web tambang murah AirAsia walaupun harga bersihnya seperti apa yang terdapat di dalam iklan di akhbar-akhbar tetapi ianya belum dimasukkan beberapa cukai yang perlu dibayar. Bayangkan jika harga tiket itu berharga RM50 tetapi dengan beberapa cukai yang dikenakan ianya menjadi ratusan ringgit Malaysia.

AirAsia sepatutnya apabila membuat promosi hendaklah menyatakan harga bersih yang mana telah termasuk semua cukai terlebih dahulu dan jika sekiranya hendak dikenakan cukai kepada bagasi yang lebih berat timbangannya itu hendaklah diasingkan terlebih dahulu atau dibayar semasa 'check in' sebelum berlepas sahaja.

Dalam masa yang sama nampaknya AirAsia kurang prihatin tentang warga emas dan kanak-kanak di mana tempat berlepas dan pendaratan didapati agak jauh kedudukannya dari pintu masuk lapangan terbang dan ini menyusahkan pelanggan berkenaan kerana terpaksa berjalan kaki yang kadang kala lebih dari setengah kilometer. Diharap pihak syarikat AirAsia sediakan bas mini khas untuk golongan ini jika sekiranya 'tempat berjalan kaki bergerak tidak disediakan'.

Begitu juga sepatutnya setiap penumpang sekurang-kurangnya diberikan sebotol kecil air mineral sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelanggan setia AirAsia. Tidak dinafikan AirAsia adalah pakej termurah bagi pengangkutan udara di negara kita tetapi jika boleh biarlah tempat duduknya itu diperlebarkan sedikit lagi kerana kadang kala ianya agak sempit dan tidak begitu selesa apabila terbang ke destinasi tertentu yang mengambil masa berjam-jam lamanya itu.

Tidak keterlaluan dicadangkan juga adakan pipe music di sepanjang penerbangan dan lagi satu masalah besar yang dihadapi oleh penumpang adalah selalu sangat penerbangan ditangguhkan tanpa memberikan sebab kepada penumpang.

0 comments:

Post a Comment