29 February 2012

Penculik tuntut RM210,000 + RM50,000


RUMAH Nagaraja di Taman Desa Pelancongan, Lahat, Ipoh yang telah dikosongkan selepas didakwa diintip penjenayah yang menculik bapanya Jumaat lalu.


IPOH – Sebuah keluarga hidup dalam keadaan tidak keruan apabila bukan sahaja bapa mereka trauma selepas diculik hampir dua jam oleh sekumpulan lelaki pada Jumaat lalu, malah mendakwa hidup mereka kini ibarat pelarian kerana terpaksa meninggalkan rumah yang kerap diintip penjenayah.

Wakil keluarga itu, S. Nagaraja, 25, mendakwa, kejadian itu disyaki berkait rapat dengan sebuah firma guaman yang tidak berpuas hati kerana masih belum menerima upah selepas dia berjaya mendapatkan pampasan insurans sebanyak RM300,000 pada Oktober tahun lalu.

Mengimbau semula kejadian itu, pekerja sebuah restoran itu memberitahu, bapanya, A. Subramaniam, 52, telah diculik ketika hendak ke tempat kerjanya di sebuah kilang di kawasan perindustrian Lahat dekat sini pada pukul 3.30 petang.

Katanya, sekumpulan enam lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Perdana hitam kemudian telah membawa bapanya ke sebuah premis berhampiran Pasar Pinji Mewah dekat sini sebelum salah seorang suspek menghubunginya menggunakan telefon bimbit Subramaniam.

“Penculik itu menuntut wang RM210,000 termasuk upah mereka sebanyak RM50,000. Jika tidak mereka ugut mahu bunuh dan bakar bapa saya.

“Cemas dengan ugutan itu, saya kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai dekat sini sebelum bapa dapat dibebaskan selepas diculik hampir dua jam,” ceritanya pada sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak di sini semalam.

Related Posts:

  • bijaknya Profesor B KESAL...Azman dan isteri membuat aduan kepada Dr Izham.KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan temberang dan dakwaan konon dirinya saintis dalam bidang perubatan menggunakan teknologi nuklear, seorang lelaki licik memperdaya beberap… Read More
  • Mati kerana merompak ANGGOTA polis memeriksa kawasan mayat perompak yang mati ditembak selepas melakukan rompakan ke atas rumah pemandu lori di Ijok semalam. KUALA SELANGOR - Tindakan empat lelaki merompak sebuah keluarga di Jalan Parit Mah… Read More
  • Pensyarah swasta Matematik didakwa rasuah RM300 pensyarah sebuah kolej swasta Ipoh yang direman kerana kes rasuah semalam. IPOH - Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhan… Read More
  • Isteri ikut pengkid HILANG...Siti Khadijah (kiri) menujukkan dua laporan polis dibuat abang iparnya berhubung kehilangan kakaknya sambil diperhatikan Abd Karim (kanan).PORT DICKSON: Seorang wanita pengantin baru 14 hari berkahwin dikatakan lesa… Read More
  • Tidak mengaku bakar muka isteri WAN MUSTAFA dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan muka isterinya dengan mancis api di rumahnya … Read More

0 comments:

Post a Comment