23 February 2012

Sebab malas tukar baju anak cubit sampai lebam

Gambar Hiasan
MELAKA – Tindakan seorang ibu yang mencubit tangan anaknya sampai lebam kerana malas menukarkan baju mangsa menyebabkan wanita itu dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu ke atas Maszuridah Kuming, 34, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mengikut pertuduhan, Maszuridah yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di sini didakwa menyebabkan anak lelakinya yang berumur lima tahun mengalami kecederaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pukul 9 malam pada 20 Julai 2011 di sebuah rumah di Batu 7 1/2, Bukit Rambai di sini.

Maszuridah didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya menjaga empat orang anak, saya turut menanggung keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan selain anak bongsu saya yang berusia enam bulan masih menyusu badan,” kata Maszuridah.

Related Posts:

  • Cedera parah akibat bermandi peluruGOMBAK – Tidak diketahui apa puncanya, tiga lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan pemuda yang memakai topeng ski di Apartmen Gardenia Court di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin. Dala… Read More
  • Sepasang kekasih kena pukul dan kena bogel Gambar Hiasan DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di… Read More
  • Gigit telinga polis kena penjara 2 bulan MOHD. SHUKRI diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas dia didenda RM2,000 semalam. KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang duda yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga hampir putus min… Read More
  • Wanita mati selepas cuba nak bunuh suami MAYAT Jian Min (gambar kecil) terbaring selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, George Town semalam. GEORGE TOWN – Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan be… Read More
  • Kumpulan kongsi gelap parah kena tetak dengan parang panjang Gambar Hiasan GEORGE TOWN 21 Februari 2012 - Seorang lelaki dipercayai anggota sebuah kumpulan kongsi gelap di sini cedera parah selepas diserang dua lelaki yang bersenjatakan parang panjang di Jalan Anson di sini awal pa… Read More

0 comments:

Post a Comment