29 February 2012

Berlian RM11.9 juta bekas Permaisuri Perancis dilelong


GAMBAR menunjukkan sebutir batu berlian yang pernah dipakai bekas Permaisuri Perancis, Marie de Medici.

GENEVA, Switzerland - Firma lelongan antarabangsa, Sotheby akan melelong sebutir batu berlian yang pernah dipakai oleh bekas Permaisuri Perancis, Marie de Medici. 

Berlian itu dipakai oleh Medici semasa hari pertabalannya sebagai Permaisuri Perancis pada 13 Mei 1610.

Batu berlian seberat 35 karat yang berbentuk seperti buah pear itu dijangka dilelong pada harga antara AS$2 juta (RM5.9 juta) hingga AS$4 juta (RM11.9 juta) pada 15 Mei depan di sini.

Ia pernah dibeli oleh seorang pengumpul berlian, Nicolas Harley de Sancy.

De Sancy membeli berlian tersebut di Istanbul, Turki pada akhir kurun ke-16. 

Ekoran itu, berlian itu diberi nama Beau de Sancy.
Berlian tersebut telah beralih tangan dalam kalangan kerabat diraja Perancis, England, Prussia dan Belanda. - Agensi

Related Posts:

  • Taliban Semakin Kuat dan Hebat Anggota senior parlimen AS mengatakan kumpulan Taliban semakin kuat di Afghanistan sejak Amerika Syarikat menambah jumlah pasukannya pada tahun 2010. "Saya fikir kami berdua mengatakan bahawa apa yang kami dapati adalah … Read More
  • Hukum Mati Pada Penghina Rasulullah Parlimen Kuwait pada Khamis lalu, 3 Mei bersetuju penggubalan undang-undang yang membuat penghina Allah atau Nabi Muhammad SAW boleh dihukum mati. Keberanian ini mencetuskan perdebatan panas mengenai kebebasan bersuara … Read More
  • Arab Saudi Harapan Terakhir untuk pertahankan Israel Sebuah laporan terbaru dari Tel Aviv University mengatakan Arab Saudi adalah harapan terakhir dan garis pertahanan untuk Israel dan menggambarkan Saudi sebagai peluang terakhir bagi kepentingan politik Tel Aviv di dunia A… Read More
  • Undang-undang Syariah Nigeria Selamatkan Janda Membantu kanak-kanak dan anak-anak yatim, polis Nigeria memimpin program perjodohan bertujuan membantu para janda untuk dijodohkan dengan lelaki yang sesuai untuk mengurangkan masalah sosial negara itu dengan menyediakan … Read More
  • Al Qaeda Jadikan Australia Sasaran Seterusnya Al Qaidah akan menjadikan Australia sebagai sasaran serangan mereka, hal ini diketahui dari majalah online milik organisasi tersebut yang baru saja terbit beberapa bulan lalu. Majalah Al Qaidah INSPIRE memperlihatkan ban… Read More

0 comments:

Post a Comment