21 February 2012

Apabila Pak Lah mula bersuara - Islam Hadhari kau mana pergi woi?

KUALA LUMPUR -  Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13 berbanding pilihan raya yang lepas pada 2008, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada usaha dan kerja keras pemimpin BN dalam memberi khidmat terbaik bagi membela nasib rakyat di negara ini.

"Boleh (menang lebih besar)...bergantung kepada sejauh mana kita dapat yakinkan rakyat bahawa kerajaan kita dapat membawa kejayaan yang lebih besar dalam pelbagai bidang.
 
"Bukan tumpu kejayaan pada pilihan raya sahaja, kejayaan memberi khidmat kepada rakyat ini perlu berterusan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencapaian Umat Islam Pasca-Merdeka : Pengajaran dan Langkah Ke Hadapan dan Pra-Pelancaran Sambutan 20 Tahun Penubuhan Insitut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini.
 
Beliau adalah Pengerusi Ikim.
 
Turut hadir Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Seminar dua hari itu dihadiri lebih 200 peserta.

Mengulas cabaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berkata debat bukan cara untuk menyelesaikan masalah rakyat.
 
"Debat bukan satu penyudahan bagi segala-galanya. Apa yang penting ialah sumbangan kerajaan kepada rakyat melalui program perlu dilaksanakan.

"Jayakan projek seperti dimahukan rakyat, itu diutamakan. Debat bukan sesuatu yang boleh dipaksa, terpulang kepada Najib. Tidak perlu saya beri nasihat, beliau lebih memahami," katanya. - Bernama

Related Posts:

  • Tipu sampai jadi pengarahKUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita bergelar Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan jenayah pemalsuan dokumen bagi membolehkannya beberapa kali naik pangkat dalam tempoh… Read More
  • Wanita Indonesia maut tak sempat jumpa suamiSHAH ALAM: Seorang pejalan kaki wanita warga Indonesia maut selepas dirempuh sebuah kereta Proton Savvy dalam kemalangan di kilometer 15.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, pagi semalam. Kemalangan kira-kira jam 7… Read More
  • Kelantan batal undangan Black ke ‘Ladies Nite 2012’KOTA BHARU: Selepas menerima kritikan kerana mengundang penyanyi Black Mentor (gambar) bagi program ‘Ladies Nite 2012’ yang dikhususkan untuk wanita, kerajaan negeri akhirnya akur dengan membatalkan undangan itu. Pengerus… Read More
  • 2 setan noda budak 3 tahunCHUKAI: Seorang lelaki bernafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya ketika mangsa ditinggalkan di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, ke… Read More
  • Angkara ikutkan nafsuKUALA LUMPUR: “Allah SWT sudah mencipta lelaki untuk wanita dan sebaliknya. Apa yang mereka lakukan bukan saja haram di sisi Islam, tetapi khianat terhadap seksualiti,”kata Perunding Motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh. Be… Read More

0 comments:

Post a Comment