20 February 2012

Gigit telinga polis sebab nak larikan diri

Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU - Gara-gara menggigit telinga anggota polis ketika cuba melarikan diri dari tahanan, seorang tukang rumah hari ini dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Shukri Muda, 34, dari Gong Pak Jin, Batu Rakit, di sini didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Konstable Amran Yahya, 23, bagi menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada pukul 8.25 malam, 12 Februari lalu bertempat di Balai Polis Gong Badak, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mohd Shukri yang memakai baju lokap polis dan berjalan terhencut-hencut akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota berkenaan untuk mempertahankan diri, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Inspektor V. Ravi. - Bernama

Related Posts:

  • Anak dara melayu terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan Gambar Hiasan KUALA LANGAT – Nurul Zakiah Hidayah Azman yang lari dari rumah selepas termakan pujukan kekasihnya sejak 14 Februari lalu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan di… Read More
  • Pakaian TelanjangKUALA LUMPUR, 19 Feb 2012: Dewan Ulamak PAS Pusat amat kesal dengan sikap segelintir ahli perniagaan yang mempromosikan pakaian yang bersifat 'berpakaian tapi telanjang', dengan berselindung di bawah terma pakaian busana m… Read More
  • Budak curi kabel mati kena renjatan elektrikSEREMBAN - Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik, dipercayai ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Munawir, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa yang b… Read More
  • Duit Palsu RM50KULIM - Sebuah pemilik restoran di sini dilaporkan telah menerima wang palsu daripada pelanggannya yang bernilai RM50. Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Ghuzlan Salleh berkata, kes itu dikesan apabila pemilik restoran berkenaa… Read More
  • UMNO/BN kantoi lagi"Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual … Read More

0 comments:

Post a Comment