19 February 2012

Majlis Himpunan bersama Ulama ke bersama Ular dalam semak?


NAJIB bersalaman dengan para peserta pada majlis penutup Himpunan Ulama,
Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur semalam.


Pak Najib Tun Razak berkata, permuafakatan antara kerajaan, ulama, cendekiawan Islam dan penulis maya menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan kepentingan dan maruah agama Islam di Malaysia.

Menyedari kepentingan itu, tiga kumpulan berkenaan perlu lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan supaya setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan berkredibiliti.

Beliau berkata, kumpulan itu perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain termasuk dengan kerajaan untuk menyaring setiap maklumat dan menapis segala tuduhan dan fitnah jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan tertentu.

"Oleh itu, permuafakatan yang wujud di antara ketiga-tiga kumpulan ini dan pihak kerajaan akan menjadi benteng pertahanan kepada kepentingan dan maruah agama Islam," katanya semasa menutup Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini semalam.

Himpunan kali pertama itu berlangsung selama dua hari yang bertemakan 'Bermuafakat Mentransformasikan Ummah'.

Najib berkata, penglibatan tiga kumpulan itu amat penting dalam konteks cabaran semasa seperti melakukan tindak balas membetulkan segala maklumat mengenai agenda atau dasar kerajaan yang sering diselewengkan atau sengaja disongsangkan menjadi fitnah untuk tujuan politik.

Katanya, sikap berdiam diri, tidak mahu campur tangan atau malas untuk bertindak akan memberi kesan sangat buruk kepada umat Islam dan kedudukan agama Islam itu sendiri.

Perdana Menteri berkata, bidang politik di dalam Islam merupakan satu jihad yang perlu diutamakan dan tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kepentingan umat Islam.

"Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, maka ia satu bidang yang sangat rapat dengan peranan manusia di muka bumi ini iaitu sebagai khalifah Allah.

"Justeru, berjihad dalam menyebarkan kebenaran dan menegakkan syariah Islam hendaklah dimulai dengan niat yang ikhlas dan tidak mengelirukan pihak yang mendengarnya," tambahnya.

P/S: Nak tergelak gua baca kenyataan pak Najib ni... haha "bidang politik di dalam Islam merupakan satu jihad yang perlu diutamakan dan tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan untuk menegakkan Islam dan memperjuangkan kepentingan umat Islam."

Related Posts:

  • TV3 dicabar beri ruang Anwar jawab isu IsraelPenyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil d… Read More
  • Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih raguPETALING JAYA, 13 Feb: Pakatan Rakyat mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ketua … Read More
  • BN matikan minat rakyat jadi pengundi KUALA LUMPUR, 14 Feb: Kerajaan BN bertanggungjawab di atas kegagalan 3.7 juta rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi yang mana 2 juta ialah Melayu Bumiputera. 60 peratus daripada jumlah itu… Read More
  • Anwar Jawab Tohmahan Berhubung Isu Israel (Mesti Baca) Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tohmahan dari pemimpin Umno/BN berhubung isu Israel merupakan putar belit yang sengaja dilakukan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan menjalin hubungan baik dengan negar… Read More
  • Mahathir menasihatkan Shahrizat MAHATHIR SERDANG - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar jangan 'sayan… Read More

0 comments:

Post a Comment