29 February 2012

MAS catat rugi bersih RM2.52b


AHMAD JAUHARI mengumumkan keputusan kewangan MAS di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Menurutnya, kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang kerugian itu.

"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kawalan kos serta membuat kajian selanjutnya.

"Kami juga harus melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad Jauhari menjelaskan, prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion berbanding RM13.41 bilion pada 2010.

Beliau berkata, perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion.

Related Posts:

  • 7 jenis binatang terkuat di dunia 1. Beruang  Beruang ini adalah haiwan gunung ,kekuatannya mampu mengangkat 0.8 kali ganda berat badannya. Berat badan binatang ini adalah 1500 pound dan mampu mengangkat benda seberat 1200 pound. 2. Kepah Ha… Read More
  • Gambar Menarik tumbuhan makan haiwanApabila binatang atau haiwan memakan tanaman dan tumbuhan itu adalah perkara biasa diketahui umum, haiwan tadi digelarkan herbivor. Yang tidak umum dan jarang ditemui adalah bila tanaman atau tumbuhan yang memakan haiwan, dis… Read More
  • Lelaki Switzerland boleh terbang merentasi Banjaran Alps di Eropah REMO LAENG memakai sut sayapnya dan meluncur di ruang udara Studen, Switzerland pada Jumaat lalu. ZURICH - Meluncur di udara selaju 500 kilometer sejam, seorang lelaki Switzerland merentasi Banjaran Alps di Eropah dengan… Read More
  • Gambar Budak paling nakal Apa perasaan anda jika anak anda berperangai macam ini? :)… Read More
  • Ni baru betul-betul main bola Ini bukan aksi lakonan yang sama dalam cerita Shaolin Soccer. Ini adalah real. Pertama kali sami ini bermain bola dalam hidup mereka dan dalam masa yang sama mereka gunakan kung fu ketika bermain.  Sampa… Read More

0 comments:

Post a Comment