21 February 2012

Wanita mati selepas cuba nak bunuh suami


MAYAT Jian Min (gambar kecil) terbaring selepas dikatakan terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Pergaduhan sepasang suami isteri yang dikatakan berpunca akibat kehadiran orang ketiga berakhir selepas suri rumah terbabit ditemui maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Lintang Paya Terubong, Air Itam di sini semalam.

Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi.

Pada masa yang sama, hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa pula mendapati suaminya yang ingin dikenali sebagai Ah Hin, 44, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bilik tidurnya dengan kesan darah dipercayai dikelar isterinya menggunakan sebilah pisau.

Jian Min maut selepas dikatakan cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh dari bangunan setinggi 28.5 meter

Related Posts:

  • Izwan Pilus meninggal duniaIzwan PilusBekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, … Read More
  • Kompaun lewat daftar lahir dimansuhPUTRAJAYA: Berkuat kuasa serta-merta, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memansuhkan bayaran kompaun RM50 yang dikenakan terhadap pemohon pendaftaran kelahiran lewat. Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam. berkata pendaf… Read More
  • Ally Iskandar sah nikah ALLY Iskandar bersama Nurfarahin selamat diijabkabul di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.  Nurfarahin terima rumah sebagai hadiah perkahwinan KUALA TERENGGANU: Pengacara TV3, Ally Iskandar Mo… Read More
  • Bantuan MERCY dinanti NORAZAM meluangkan masa untuk mengenali seorang penerima bantuan makanan di Mogadishu, semalam. Somalia kesal kejadian timpa jurugambar BERNAMA TV MOGADISHU: “Alhamdulillah, Malaysia datang lagi,” itu ayat pertama te… Read More
  • Anak jutawan Pakistan diselamat TUN HISAN melihat pasport suspek yang dirampas pada sidang media di IPK Selangor, semalam. Mangsa berusia 24 tahun diculik, dikurung 9 hari SHAH ALAM: Polis Selangor menyelamatkan anak lelaki seorang jutawan terkenal … Read More

0 comments:

Post a Comment