19 February 2012

Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit


SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk
bergerak ketika ditemui di Semenyih semalam.

SEMENYIH – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa anak seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu.

Lebih menyedihkan kemalangan yang menimpanya itu berlaku selepas sebulan memulakan pekerjaan baharu sebagai tukang sapu di sini pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Sazali hilang pekerjaan setelah berkhidmat selama 13 tahun dengan Alam Flora Sdn. Bhd. kerana syarikat itu tidak lagi menguruskan sampah di negeri Selangor.

“Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Related Posts:

  • Pekerja kilang maut dirempuh SHAH ALAM – Seorang pekerja kilang maut dirempuh sebu… Read More
  • Keluar kereta disiram asidTUMPAT: Seorang ejen insurans melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki di Kampung Tendong, dekat Pasir Mas, kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa,… Read More
  • Dipijak enggan lunas RM5,000 RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan dua suspek sebelum menculik mangsa. SAKIT...Mohd Akhtar menunjukkan luka pada lengannya. KUALA LUMPUR: “Kepala saya dipijak bertubi-tubi, badan saya dipukul dan tangan ka… Read More
  • Satu serbuan, hasil berganda Read More
  • 9 paket Heroin dirampasKEMAMAN – Sebanyak sembilan paket dadah jenis Heroin seberat 153 gram berjaya dirampas polis susulan penangkapan tiga individu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Titian Berayun, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam. … Read More

0 comments:

Post a Comment