21 February 2012

Ketua juruwang Mydin pulak pecah amanah RM46,000

KUALA LUMPUR - Seorang ketua juruwang Mydin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah melibatkan RM46,000, Khamis lepas.

Rohaiza Tan @ Rohaiza binti Tan, 30, didakwa selaku ketua juruwang di Syarikat Mydin Mohamad Holding Berhad melakukan pecah amanah membabitkan RM46,162.50 di Aras 6, Mydin Jalan Masjid India di sini pada 9.00 pagi 16 Feb lepas.

Beliau boleh dikenakan penjara maksimum 14 tahun dan sebat atau denda bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Rohaiza juga didakwa memberi kenyataan palsu di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini pada 1.35 ptg pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Sekseyn 181 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda.

Pihak pendakwaan, yang diwakili timbalan pendakwa raya N.Jayanthi meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Wan Azmir Wan Majid merayu bagi jumlah lebih rendah oleh kerana tertuduh mempunyai ibu apa untuk dijaga.
  
Majistret Nur Azura Murah menetapkan 20 Mac untuk sebutan kes, dan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. 

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang warga emas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun, Sabtu lepas.

Mat Amin Mokhtar, 61, didakwa melakukan kesalahan itu di Gerai Minum Kasturi Walk, Jalan Hang Kasturi, Central Market di sini pada 1.35 ptg hari tersebut.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan, atau salah satu dari keduanya, jika sabit kesalahan.

Jayanthi menawarkan ikat jamin RM7,000, bagaimanapun tertuduh berkata tidak ada pihak tampil untuk membayar ikat jamin.

Nur Azura menetapkan 9 Mac untuk sebutan kes. - Bernama

Related Posts:

  • Mayat atau bangkai? PERIKSA...Amiruddin (dua dari kiri) memeriksa kenderaan yang dipercayai mengandungi mayat. AMPANG JAYA: Mayat atau bangkai? Itu persoalan yang masih belum terungkai selepas polis menemui sebuah beg besar yang… Read More
  • Sapu bersih wang ATMKUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa meninggalkan kes… Read More
  • Polis rampas senapang, bahan letupanm KOTA BHARU- Polis Kelantan menahan tiga lelaki termasuk salah seorangnya warganegara Thailand dan merampas selaras senapang patah bersama sebutir peluru ketika memeriksa sebuah kereta Proton Satria di Jalan Doktor, dekat sin… Read More
  • Lelaki perkosa pelajar dalam van awam ditahanJAKARTA: Polis di Surakarta di Jawa Tengah menahan seorang daripada enam suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian rogol di dalam van di bandar raya ini. “Suspek ditahan ketika dalam perjalanan,” kata Ketua Polis Jakarta… Read More
  • 2 pegawai tentera Thai kena cekupBANGKOK: Seorang pegawai tentera berpangkat mejar yang disyaki terbabit dengan kes dadah berbilion baht ditahan, manakala waran tangkap dikeluarkan ke atas seorang daripada orang bawahannya.  Mejar Piyanat Ketchamras d… Read More

0 comments:

Post a Comment