21 February 2012

Bunuh pekerja aksesori kereta: 3 ditahan

Gambar Hiasan
SUNGAI PETANI — Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang pekerja kedai aksesori kereta awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali berkata, tiga suspek yang berumur lingkungan 20-an itu ditangkap pada pukul 5 pagi semalam di sekitar pekan Sungai Petani.

"Tiga lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahad lepas mayat seorang pekerja kedai aksesori kereta, yang dipercayai dibunuh, ditemui dalam bilik air tempat kerjanya di Taman Cindai di sini.

Raja Dzulhairi Raja Ali, 19, ditemui mati dalam keadaan terbaring oleh majikannya pada pukul 10 pagi.
Barangan berharga milik mangsa seperti motosikal dan komputer riba didapati hilang bersama beberapa barangan aksesori kereta. — BERNAMA

Related Posts:

  • Menang RM17j nyawa terancamKUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan per… Read More
  • Pelawak terkenal positif dadah SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja se… Read More
  • Bekas ketua pendakwa syarie dijel SHAHRUNNAZRI yang didapati bersalah menerima rasuah digari di luar Mahkamah Sesyen Ipoh semalam. IPOH – Sebagai Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), dia dipertanggungjawab untuk mendakwa kes-kes sy… Read More
  • Telinga hampir putus digigit si penipu Amran yang cedera di telinga kiri dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah semalam. KUALA TERENGGANU - Telinga kiri seorang anggota polis berpangkat konstabel hampir putus selepas digigit seorang suspek yang cuba mel… Read More
  • 14 buah motosikal hangus terbakar SEBAHAGIAN daripada 12 buah motosikal yang hangus angkara perbuatan khianat di PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Pemilik 14 buah motosikal hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati kenderaan … Read More

0 comments:

Post a Comment