23 February 2012

Kereta berinternet

NILAI TAMBAH...Syed Zainal (dua dari kiri) bersama  Yeoh  (kanan)  pada majlis pelancaran Yes 4G yang dipasang pada Proton Inspira, semalam.
NILAI TAMBAH...Syed Zainal (dua dari kiri) bersama Yeoh (kanan) pada majlis pelancaran Yes 4G yang dipasang pada Proton Inspira, semalam. 
 
PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama negara muncul syarikat kenderaan pertama di Malaysia yang melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.

Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sedia memberi nilai tambah dalam kenderaan keluaran mereka pada masa depan bagi memenuhi permintaan pengguna kerana industri automotif bukan lagi tertumpu pada rekaan semata-mata, tetapi mahukan nilai tambah.

“Justeru, kami mengambil keputusan untuk melangkah ke depan memberikan nilai tambah yang diidamkan pengguna,” katanya selepas melancarkan kereta dilengkapi akses Internet Yes 4G pertama di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Yes, Datuk Yeoh Seok Hong.

Beliau berkata, Proton bekerjasama dengan YTL Communications selama setahun bagi membangunkan teknologi dalam kenderaan yang mengandungi modem jenis Huddle dan tiga slot bagi peranti mudah alih, iPad.


“Ia antara usaha kami ke arah penjenamaan semula Proton selain menawarkan pengguna keselesaan dan kelajuan yang lebih hebat ketika berada di jalan raya,” katanya.

Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.

Sementara itu, Yeoh berkata, syarikat bersedia memperluaskan kawasan liputan bagi memenuhi permintaan Internet yang meningkat.

Related Posts:

  • Polis rampas senapang, bahan letupanm KOTA BHARU- Polis Kelantan menahan tiga lelaki termasuk salah seorangnya warganegara Thailand dan merampas selaras senapang patah bersama sebutir peluru ketika memeriksa sebuah kereta Proton Satria di Jalan Doktor, dekat sin… Read More
  • Henti pertikai isu Exco agama SHAH ALAM - Pas Selangor menggesa … Read More
  • Mayat atau bangkai? PERIKSA...Amiruddin (dua dari kiri) memeriksa kenderaan yang dipercayai mengandungi mayat. AMPANG JAYA: Mayat atau bangkai? Itu persoalan yang masih belum terungkai selepas polis menemui sebuah beg besar yang… Read More
  • 200 penduduk bimbang ular sering jadi ‘tetamu’KLANG: Kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Papan, Pandamaran, di sini, kini hidup ketakutan dan diselubungi rasa bimbang apabila rumah yang mereka diami sering dimasuki binatang berbisa seperti ular. Masalah ini berpunc… Read More
  • Berdepan empat pertuduhan TANGKAK – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.Tertuduh, Azharuddin Ahmad, 43, dari Bukit Katil, Melaka dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana m… Read More

0 comments:

Post a Comment