23 February 2012

Peragut tumpas dek balingan buah epal

TERSELAMAT...Lim menceritakan kejadian terbabit kepada wartawan Harian Metro.
TERSELAMAT...Lim menceritakan kejadian terbabit kepada wartawan Harian Metro. 
 
SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan.

Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya.

Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar.

“Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan.

Related Posts:

  • Dituduh cuba bunuh kekasihAMPANG: Seorang penuntut kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan menikam perut mangsa, minggu lalu. Osleh Osman, 20, mengaku tidak bersalah di hadapan … Read More
  • Tukang cat ditahan dipercayai memiliki 1.5kg ketaminKUANTAN: Seorang tukang cat ditahan polis dipercayai memiliki dadah jenis ketamin seberat 1.5 kilogram di Lorong Seri Teruntum, Jalan Kampung Tengah di sini, tengah malam semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pa… Read More
  • 5 bulan simpan mayat bapa kerana wangLONDON: Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara selepas dia ditemui tinggal bersama-sama mayat bapanya selama lima bulan bagi membolehkan dia menuntut wang bantuan sara hidup si mati. Christopher Blackburn, 28, dita… Read More
  • Bapa serbu anak di hotelKUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ayah selepas mendapat tahu anak gadisnya berusia 15 tahun yang lewat pulang ke rumah sebenarnya menginap di hotel bajet di Taman Desa bersama dua lelaki.Malah, remaja bawah umur itu turut me… Read More
  • Dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asidKOTA BAHARU: Polis Kelantan menahan dua wanita dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes seorang duda disimbah asid di Kampung Tendong, Pasir Mas pada Sabtu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Y… Read More

0 comments:

Post a Comment