25 January 2012

Polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuh

IPOH - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang meninggal dunia akibat cedera dipukul penduduk sebuah taman perumahan di sini setelah disyaki cuba menceroboh sebuah rumah penduduk, tiga hari lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahlan berkata kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing berumur 29 dan 30 tahun direman selama empat hari bermula Isnin lepas dan polis sedang mengesan beberapa lagi suspek.

Suspek berusia 29 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah manakala seorang lagi suspek mempunyai satu rekod jenayah, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya mangsa, Mohd Fairus Razali, 31, dari Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi di sini meninggal dunia pada kira-kira 1.50 pagi, iaitu lima jam selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan.

"Hasil bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa dan dada dipercayai dipukul dengan objek keras," katanya.
      
Dalam kejadian pada pukul 8 malam, Isnin lepas, penghuni sebuah rumah di Taman Mas di sini yang melihat lelaki itu yang memegang sebilah pisau sedang membuka pagar rumahnya telah mendapatkan pertolongan daripada beberapa penduduk yang telah mengejar lelaki tersebut dan memukulnya hingga cedera.

Seorang daripada penduduk berkenaan kemudian menghubungi polis dan polis kemudian menghantar lelaki itu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan, bagaimanpun dia dilaporkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Shukri berkata polis turut merampas sebilah pisau dan motosikal milik mangsa dan menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Bernama

Related Posts:

  • Gagal dihubungi sebelum mati SEORANG lelaki (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu untuk direman. HULU TERENGGANU – “Arwah pergi tanpa tinggal sebarang pesan dan dia juga tidak tunjuk sebarang perubahan.”  Demikian luahan seoran… Read More
  • Al-Quran dibuang dalam guni Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam. JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Pe… Read More
  • Gelang emas hilang rupa-rupanya dilebur MOHD. ROSLI menunjukkan kepingan emas bernilai RM26,000 yang telah dilebur di Hulu Terengganu semalam. HULU TERENGGANU - Dua utas gelang tangan emas bernilai kira-kira RM26,000 yang dilarikan dari sebuah rumah 16 Ja… Read More
  • Langgar lari Polis kesan pemilik kereta kelabu metalikMELAKA 29 Jan. - Polis sedang mengesan sebuah kenderaan berwarna kelabu metalik yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sehingga meragut nyawa seorang wanita di Jalan Tun Teja, Cheng di sini awal pagi semalam. Tim… Read More
  • Pusat judi Internet diserbu SHAFIEN Mamat (kiri) menunjukkan sebahagian peralatan komputer yang dirampas di 11 premis perjudian Internet di Nibong Tebal Pulau Pinang, semalam. NIBONG TEBAL 29 Jan. - Pengendali pusat perjudian Internet kini semak… Read More

0 comments:

Post a Comment