31 January 2012

Persidangan Kesatuan Islam di Tehran


TEHRAN - Forum Pendekatan Pemikiran Sekolah Islam Dunia (WFPIST) bakal menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai kesatuan Islam di Tehran, bermula 8 Februari depan.
Persidangan tiga hari itu bakal disertai 50 cendekiawan-cendekiawan iaitu dari Malaysia, Rusia, Indonesia, Iraq, Lubnan, Arab Saudi, Thailand, Algeria, Britain, Amerika Syarikat, Australia, Denmark, Tunisia, Qatar, China, Yaman, Mesir dan negara lain.
 
Persidangan itu turut memfokuskan kepada kebangkitan Islam dan jalan penyelesaian terbaik melalui pemikiran Islam sealiran dengan perkembangan terkini dalam dunia Islam yang mana akan melihat sendiri prestasi WFPIST sejak 20 tahun lalu.
 
Tiga warga Kanada dipenjara seumur hidup membunuh empat wanita.
 
OTTAWA - Sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh empat wanita yang juga mempunyai hubungan darah dengan mereka pada 2009 lalu.
 
Mohammad Shafia, 58, isterinya, Tooba Mahommad Yahya, 42, dan anak lelaki mereka, Hamed, 21, melakukan jenayah pembunuhan kelas pertama yang membawa hukuman automatik penjara seumur hidup tanpa parol selama 25 tahun.
 
Ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah menyebabkan kematian tiga anak perempuan pasangan itu dan isteri pertama Shafia melibatkan perbicaraan selama empat bulan yang memanggil berdozen saksi bagi memberi keterangan.
 
Hakim Robert Maranger menggambarkan jenayah itu sebagai membunuh dengan niat yang dilakukan pasangan pendatang Afghanistan bersama anak lelaki mereka terhadap Zainab, 19, Sahar, 17, Geeti, 13 dan Rona Amir Mohammad, 52.

Related Posts:

  • Lelaki Switzerland boleh terbang merentasi Banjaran Alps di Eropah REMO LAENG memakai sut sayapnya dan meluncur di ruang udara Studen, Switzerland pada Jumaat lalu. ZURICH - Meluncur di udara selaju 500 kilometer sejam, seorang lelaki Switzerland merentasi Banjaran Alps di Eropah dengan… Read More
  • Ahmadinejad - Golongan Gay tak wujud di Iran PEMAJU perumahan, Sammy Younai (kiri) dan Farahan dalam satu adegan siri realiti baharu, Shahs of Sunset yang mula ditayangkan di AS semalam. LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Siri realiti baharu, Shahs of Sunset ya… Read More
  • Wajah Tokoh-tokoh Liberal Di IndonesiaKelihatan wajah-wajah dan nama-nama tokoh yang dianggap sebagai pengusung idea pemikiran Liberalisme serta menoda kesucian Islam di Indonesia. Mereka ini adalah Ulil Abshar Abdalla, Siti Musdah Mulia, Luthfi Asy Syaukanie, Go… Read More
  • Kumpulan Rasis dan Anti Islam Meningkat di AmerikaJumlah kumpulan anti-Muslim dan anti-kerajaan di Amerika Syarikat telah tumbuh secara ketara. selama 11 tahun yang lalu didorong oleh ketegangan perkauman permainan politik dan kemarahan atas kemelesetan ekonomi sebuah lapora… Read More
  • Gay dibinuh kejam di Iraq GAMBAR yang dirakam pada Rabu lepas menunjukkan dua lelaki 'emo' Iraq di Baghdad menghembuskan asap sisha bagi menyembunyikan identiti mereka. BAGHDAD - Golongan belia yang digelar 'emo' dibunuh dengan kejam dan seca… Read More

0 comments:

Post a Comment