30 January 2012

Pelayan wanita mati selepas bertengkar



ANGGOTA polis mengangkat mayat Soo Ping (gambar kecil) yang ditemui mati di Taman Bakap Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.


NIBONG TEBAL - Tindakan seorang pelayan restoran yang menendang pintu kaca bilik rumah sewanya ketika bertengkar dengan kekasihnya berakhir dengan tragedi apabila wanita itu ditemui mati akibat kehilangan banyak darah dalam kejadian di Taman Bakap Indah di sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu menyebabkan Tan Soo Ping, 38, dari Kampung Jawi, Sungai Bakap mati di tempat kejadian dengan kesan luka di pergelangan kaki dan tangan kanan. Ketika kejadian, pasangan kekasih itu dikatakan sedang khayal dadah.
Difahamkan, pasangan itu sering berbalah hingga didengari jiran sejak sebulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati pasangan itu telah bertengkar selama beberapa jam sebelum disusuli bunyi kaca pecah pada pukul 7 pagi.
Katanya, polis kemudian bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa di dalam rumah itu kira-kira tiga jam kemudian.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di atas lantai sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.
"Ketika sampai, polis dapati teman lelaki mangsa tiada dan dia hanya muncul tidak lama kemudian untuk memaklumkan yang dia keluar untuk meminta bantuan rakan-rakan selepas melihat kekasihnya cedera parah dan berlumuran darah," katanya.

Related Posts:

  • Culik, bunuhJOHOR BAHARU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan warga Singapura di bandar raya ini, November lalu. S Periasamy, 36, dituduh de… Read More
  • Pegawai polis dijel sehariSHAH ALAM: Seorang pegawai polis dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan kerja pemb… Read More
  • Dadah: 3 termasuk guru, pengawal diberkas Tun Hisan Tun Hamzah (kiri) bersama Nordin Kadir (dua dari kiri) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 17 Jan. - Kegiatan seora… Read More
  • Curi kereta: Empat ahli Geng Botak dicekup DIN Ahmad (kanan) menunjukkan batang besi yang berjaya dirampas dalam kes curi kereta oleh Geng Botak di IPD Batu Pahat, Johor, semalam. BATU PAHAT 17 Jan. - Polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kereta dan penggu… Read More
  • Simbah air panasKUALA LUMPUR: Tidak tahan mendengar leteran, seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak kejam apabila mencurahkan air panas terhadap adiknya dalam kejadian di rumah mereka di Jinjang Utara, di sini, tengah hari kelmarin.… Read More

0 comments:

Post a Comment