29 January 2012

Apabila Saksi Yang Bengap Di Soal Di Mahkamah

Nak dijadikan cerita di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG TERBUNUH TU LAHHHHH!!!!!

Related Posts:

  • Tiga ahli kumpulan geng samun sasar warga asing dicekupKUALA LUMPUR: Tiga ahli kumpulan sebuah geng samun yang bergiat aktif di sekitar Taman Bukit Angkasa, di sini, dengan mensasarkan warga asing sebagai mangsa dicekup di kawasan perumahan itu, pagi semalam. Dalam kejadian k… Read More
  • Curi 23 tan gula majikanSUBANG JAYA: Lima pengawal keselamatan dan seorang pemandu di sebuah kilang gula di Batu 3, Shah Alam, berpakat mencuri 23 tan bahan makanan dianggarkan bernilai kira-kira RM58,000 daripada majikan mereka untuk mendapatk… Read More
  • Selepas janda, dua pelajar pula ditahanKOTA BHARU: Selepas dua bekas isteri, dua pelajar lelaki berusia 16 tahun pula ditahan berhubung insiden seorang ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair … Read More
  • Barang kemas ½kg dicuriKOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila rumah mewahnya di Taman Century, di sini, diceroboh penjenayah menyebabkan kerugian lebih RM300,000 termasuk pelbagai jenis barang kemas seberat lebih setengah k… Read More
  • ‘Tidur’ tusukan di leherNILAI: Kemusykilan seorang lelaki yang berjoging apabila melihat seorang wanita ‘tidur’ di bawah pokok membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dibunuh kejam dengan kesan tikaman pada lehernya, semalam. Mayat Rafta… Read More

0 comments:

Post a Comment