29 January 2012

PRU13: Nik Aziz tolak hasrat Hadi


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.
"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13, yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.

Abdul Hadi mengetuai Pas sejak 2002 dan beliau mempertahankan jawatan presiden tanpa cabaran pada pemilihan Jun lalu.

Related Posts:

  • Angkara ikutkan nafsuKUALA LUMPUR: “Allah SWT sudah mencipta lelaki untuk wanita dan sebaliknya. Apa yang mereka lakukan bukan saja haram di sisi Islam, tetapi khianat terhadap seksualiti,”kata Perunding Motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh. Be… Read More
  • 2 setan noda budak 3 tahunCHUKAI: Seorang lelaki bernafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya ketika mangsa ditinggalkan di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, ke… Read More
  • Tipu sampai jadi pengarahKUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita bergelar Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan jenayah pemalsuan dokumen bagi membolehkannya beberapa kali naik pangkat dalam tempoh… Read More
  • Mengundur 2km elak dibaham harimauKUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau. Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mang… Read More
  • Wanita Indonesia maut tak sempat jumpa suamiSHAH ALAM: Seorang pejalan kaki wanita warga Indonesia maut selepas dirempuh sebuah kereta Proton Savvy dalam kemalangan di kilometer 15.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, pagi semalam. Kemalangan kira-kira jam 7… Read More

0 comments:

Post a Comment