29 January 2012

Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang


SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.



Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Related Posts:

  • Abang Bangladesh dicekup khalwat AMPANG - Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungki… Read More
  • 7 GRO ditahan separuh bogel SEKUMPULAN GRO ditahan di sebuah hotel di Lebuh Light, Pulau Pinang, kelmarin.PULAU PINANG 25 Jan. – Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebu… Read More
  • Gaduh kerana hutang RM10 MASJID TANAH - Hanya kerana hutang sebanyak RM10, sekumpulan remaja mengamuk dan bertinda… Read More
  • Pejabat dipecah masuk lapan kali JASON menunjukkan alat pendingin hawa yang dirosakkan pencuri yang memecah masuk pejabatnya di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin dan Selasa lalu tid… Read More
  • Tiga beranak mati ditetak HAMZA Taib menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki dalam kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kalumpang, Ahad lalu. KOTA KINABALU 25 Jan. - Tiga beranak, termasuk satu pasangan suami isteri dibunuh kejam oleh sekumpulan 11… Read More

0 comments:

Post a Comment