31 January 2012

Hanya kerana terpijak kasut, remaja rakyat asing dibunuh di Tawau


TAWAU - Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan.

Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.

"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, seorang lelaki rakyat Indonesia berusia 29 tahun mati ditikam, disyaki oleh rakan sebiliknya di sebuah rumah pekerja di Kem Luasong, kira-kira 110 kilometer dari sini.

Kejadian pada pukul 6 pagi Ahad lepas itu dikatakan hanya disebabkan lelaki itu membawa masuk sebuah katil usang ke dalam bilik yang dikongsi dengan seorang rakyat Filipina berusia 39 tahun itu, kata Ibrahim.- Bernama

Related Posts:

  • Mayat bayi bertali pusat ditemui dalam tandasBUKIT MERTAJAM: Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam tandas wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini hari ini. Mayat bayi perempuan itu ditemui di atas lantai oleh seorang tukang cuci yang hendak … Read More
  • Takut isteri tahuKUALA LUMPUR - Bimbang isteri tahu kegiatannya, seorang pemilik bengkel kenderaan bertindak agresif dan cuba melarikan diri daripada serbuan polis di premis hiburan di Bandar Puteri Puchong, dekat sini malam tadi. Lelaki b… Read More
  • Mati ditikam16 Februari 2012 KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori ditemui mati dengan satu tikaman di sebuah r… Read More
  • Diugut sebab baca Al-quran KOTA BHARU - Akibat memperdengarkan bacaan al-Quran me… Read More
  • Murid tahun satu terbunuhALOR GAJAH 15 Feb. - Seorang murid tahun satu maut manakala abangnya berusia 12 tahun parah setelah kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 213.2 arah selatan Lebuh Raya Utara Selatan, di sini awal pagi ini. Siti Nu… Read More

0 comments:

Post a Comment