29 January 2012

Polis temui mayat wanita hampir reput


GEORGETOWN – Polis menemui mayat seorang wanita yang mereput di sebuah rumah di Taman Sri Bahari, Jalan Bahari dekat sini hari ini.
Mayat Lau Hua Nee, 58, ditemui terbaring di atas kerusi malas dalam keadaan lengkap berpakaian di ruang tamu rumah itu, dengan ditemani dua ekor anjing peliharaannya pada pukul 1.30 petang.
Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat yang menghidu bau busuk di sekitar kawasan tersebut sejak beberapa hari lepas.
"Polis terpaksa memecah pintu untuk masuk ke rumah dua tingkat itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan mangsa seorang guru tuisyen yang telah bersara dan tinggal bersendirian di rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.
Kong Meng berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin mati sejak tiga atau empat hari lepas berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan mereput.
"Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi siasatan akan turut dijalankan untuk memastikan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes ini,” katanya. – BERNAMA

Related Posts:

  • Rumah dirempuh kereta ketika solatSEREMBAN: Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ketika penghuninya sedang bersolat. Namun dalam kejadian 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyin… Read More
  • Kereta berinternet NILAI TAMBAH...Syed Zainal (dua dari kiri) bersama Yeoh (kanan) pada majlis pelancaran Yes 4G yang dipasang pada Proton Inspira, semalam.  PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama nega… Read More
  • Corak pada sejadah seolah-olah muka dan kepala babiSEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an. Menurutnya, sej… Read More
  • Peragut tumpas dek balingan buah epal TERSELAMAT...Lim menceritakan kejadian terbabit kepada wartawan Harian Metro.  SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah e… Read More
  • Sudah tujuh kali langkah al-Quran kerana dipaksa mentua BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya. KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapat… Read More

0 comments:

Post a Comment