30 January 2012

Bapa bunuh anak dihukum penjara



Mohammad Shafia (dua dari kanan) Tooba (tengah) dan anak mereka Hamed (dua dari kiri) diiringi ke sebuah mahkamah di Kingston, Ontario pada Sabtu lalu.


ONTARIO, Kanada - Tiga beranak dari satu keluarga Kanada berketurunan Afghanistan kelmarin didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh tiga orang serta seorang wanita yang mempunyai kaitan kekeluargaan.
Juri mahkamah di Kingston, Ontario telah mendapati ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohammad Shafia, isterinya, Tooba Mohammad Yahya dan anak sulung mereka, Hamed Mohammad Shafia bersalah atas empat pertuduhan membunuh.
Mangsa-mangsa yang dibunuh adalah tiga adik Hamed dan seorang wanita, iaitu isteri pertama Mohammad Shafia.
"Adalah sukar untuk memutuskan keputusan kes jenayah yang lebih hina, lebih kejam," kata Hakim Robert Maranger kepada pemberita selepas perbicaraan itu seperti yang disiarkan media Kanada.
Menurut Maranger, tiada sebab yang yang kukuh di sebalik pembunuhan kejam ini dan paling memalukan adalah empat mangsa benar-benar tidak bersalah.
Sepanjang perbicaraan selama tiga bulan, mahkamah mendengar keterangan yang berulang-ulang bahawa ketiga-tiga beradik itu sering bertengkar dengan bapa mereka dalam banyak isu.
Salah seorang mangsa telah mempunyai teman lelaki dan mencari perlindungan di tempat perlindungan wanita, manakala seorang lagi telah dihantar pulang dari sekolah kerana memakai pakaian yang terlalu mendedahkan.
Mereka dianggap mencemarkan maruah keluarga kerana tidak mempedulikan disiplin keluarga tentang pakaian, temu janji dengan lelaki, bersosial dan menggunakan Internet.
Tiga saudara perempuan itu ditemui mati lemas dalam terusan yang berkunci bersama seorang lagi wanita itu yang ditemui pada 30 Jun 2009 di dalam sebuah kereta.
Ketiga-tiga perempuan yang berbalah dengan bapa mereka itu ialah, Zainab, 19, Sahar 17, dan Geeti, 13. - Agensi

Related Posts:

  • Air Laut tiba-tiba Membeku Jadi AisPernahkah anda terfikir, bagaimana lautan yang luas menjadi beku dengan tiba-tiba? Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan yang penuh air boleh menjadi beku. Wah! teruja tapi menakutkan pula difikirkan.Hakikatnya apa saja b… Read More
  • Hayat bateri lebih lama HUAWEI Honor hadir bersama keunikan hayat bateri lebih panjang dan paparan skrin beresolusi tinggi. SYARIKAT pengeluar produk telekomunikasi mudah alih, Huawei Device Co. Ltd. terus merancakkan aktiviti pembangunan teknol… Read More
  • 5 Rahsia Cina Kaya Raya1. kerja makan gaji itu sementara untuk pengalaman hidup :orang cina perlu meniaga untuk membangun masa depan & keturunan mereka2. pelanggan lebih penting dari untung :untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan,… Read More
  • Rokok meletupLelaki cedera rokok elektronik meletup FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, mele… Read More
  • Saintis Cipta Satelit PemusnahSekumpulan saintis Switzerland kelmarin menyatakan mereka sedang membina satelit yang dicipta untuk membersihkan angkasa lepas daripada sampah sarap termasuk satelit yang tidak digunakan lagi.Satelit membersih angkasa lepa… Read More

0 comments:

Post a Comment