29 January 2012

3 lelaki jual syabu di parkir hospital ditahan


MANILA: Polis Filipina menahan dua lelaki rakyat Taiwan dan seorang warga China, semalam dalam satu operasi dadah bernilai lebih dua juta dolar, kata pihak berkuasa.

Ketiga-tiga suspek ditahan ketika menjual lebih dua kilogram methamphetamine hidroklorid yang lebih dikenali sebagai ice atau syabu. Polis turut menemui dadah dalam kenderaan mereka.

“Kami percaya mereka menjual dua jenis syabu iaitu yang berharga murah dan mahal yang diimport dari negara lain,” kata Ketua Operasi Superintenden Ismael Fajardo. Menurutnya, kejadian itu berlaku di tempat letak kereta di sebuah hospital di bandar raya ini dan polis menahan mereka selepas pembayaran wang dilakukan. Filipina meningkatkan operasi membasmi penyeludupan dadah selepas kawasan pantai negara itu menjadi pusat pengedaran dadah. - AFP

Related Posts:

  • Drebar ‘syok’ ragut 2 nyawaREMUK...keadaan kenderaan selepas kemalangan di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, semalam.  JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaanny… Read More
  • Polis cekup 2 lelaki cuba larikan tunai RM552,000KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki yang cuba melarikan wang tunai RM552,000 daripada pengawal keselamatan yang sedang membawa masuk karung wang tersebut ke dalam sebuah van di Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini. K… Read More
  • Tiga kesan calar pada leher Fifi KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan kanak-kanak yang menjadi mangsa tebusan seorang lelaki bersenjatakan pisau di Kampung Baru di sini pada Isnin lepas mengalami tiga kesan calar berpunca daripada pisau y… Read More
  • Polis tahan dua lelaki berhubung kes bunuhIPOH - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang meninggal dunia akibat cedera dipukul penduduk sebuah taman perumahan di sini setelah disyaki cuba menceroboh sebuah rumah penduduk, tiga hari … Read More
  • Ibu: Fifi Ramadhani masih trauma KUALA LUMPUR- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tebu… Read More

0 comments:

Post a Comment