30 January 2012

Iraq berang AS tak minta izin


WASHINGTON: Iraq menyuarakan kemarahan terhadap Amerika Syarikat kerana membuat keputusan menggunakan beberapa pesawat kawalan jauh kecil bagi melindungi kedutaan, konsulat dan kakitangannya di negara itu tanpa meminta kebenaran terlebih dulu, lapor akhbar New York Times (NYT), lewat kelmarin. 

Jabatan Negara mula mengendalikan beberapa pesawat berkenaan di Iraq tahun lalu sebagai percubaan dan meningkatkan penggunaannya selepas kesemua askarnya diundurkan, Disember lalu.



Kerajaan Amerika juga merancang menjemput bidaan mana-mana pihak untuk pengurusan operasi pesawat intipan di Iraq dalam tempoh lima tahun akan datang, kata laporan.



Pesawat Jabatan Negara itu tidak membawa senjata sebaliknya untuk semua yang menyediakan data dan imej berisiko tinggi bahaya seperti bantahan awam atau sekatan jalan raya, sehinggalah pasukan keselamatan di darat, kata akhbar. 

Ia lebih kecil berbanding pesawat siluman bersenjata. Namun, kerajaan Amerika memerlukan kelulusan rasmi dari Iraq untuk menggunakan pesawat seperti itu di sana, kata akhbar, memetik pihak berkuasa Iraq. 

Kelulusan itu mungkin sukar diperoleh disebabkan ketegangan politik antara kedua-dua negara, lapor, The Times. 

Seorang pegawai kanan Amerika berkata rundingan sedang dilakukan untuk memperoleh kelulusan bagi operasi intipan, namun Ali al-Mosawi, penasihat atasan Perdana Menteri Nuri Kamal al-Maliki; penasihat keselamatan nasional Iraq, Falih al-Fayadh dan pemangku Menteri Dalam Vegeri, Adnan al-Asadi, semuanya berkata dalam satu temuramah bahawa mereka tidak diberi penerangan Amerika, kata laporan. 
“Iraq adalah milik penduduknya, bukan milik Amerika,” Asadi dipetik oleh akhbar sebagai berkata. 

Sementara itu, sebuah blok politik Iraq yang menang banyak kerusi dalam pengundian Mac 2010 menyatakan langkah menamatkan pemulauan itu bermula lewat pertengahan bulan lalu. 

“Iraqiya perlukan anggotanya tadi ahli perwakilannya akan menghadiri semula sidang Parlimen,” kata Maysoon al-Damluji dalam sidang akhbar bersama pemimpin parti itu. 

Antara yang hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Iyad Allawi, Timbalan Perdana Menteri, Saleh al-Mutlak, Speaker Parlimen,Osama al-Nujaifi dan Menteri Kewangan, Rafa al-Essawi. 

“Perwakilan Iraqiya akan kembali menyertai mesyuarat Parlimen minggu depan. Itu keputusan kami hari ini,” kata seorang lagi ahli dewan, Aytab al-Duri. – AFP 

Related Posts:

  • Kiamat sudah terlalu hampirSemakin hari semakin takut hati ini. Mata bagaikan tidak mahu melihat dan membaca. Tangan bagaikan tidak mahu menyambar akhbar di kedai mamak atau menjejaki portal-portal berita di internet.  Mana tidaknya, cerita… Read More
  • Lintah Gergasi Hidup di Dalam Kerongkong Budak Lelaki Tao Jiayuan , seorang budak lelaki berusia 16 tahun dari bandar Yibin di barat daya China, telah mengalami saat paling menakutkan apabila seekor lintah sawah sepanjang 10 cm telah menghisap darah dan hidup di dalam keron… Read More
  • Kota Peninggalan Kaum Tsamud dan Kebenaran Al-Quran"Peninggalan Kota Samud yang dapat dilihat hingga kini Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-ista… Read More
  • Pengurus Selamat Ditimpa Batu 20tanALBERTVILLE (Perancis): Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap batu seberat 20 tan ketika melalui jalan di Arly Gorge di banjaran Alps.Penyelamat berkata, mereka tidak menyangka melihat Ludovic Masc… Read More
  • Maher Zain Sebelum Penyanyi Berjaya Maher mendapat mendapat inspirasi daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli. Keluarganya berpindah ke Swedan… Read More

0 comments:

Post a Comment