31 January 2012

Cekik kakak hingga mati


AMMAN: Seorang lelaki Jordan semalam didakwa kerana melakukan pembunuhan terancang selepas mencekik kakaknya berusia 35 tahun yang sudah bercerai hingga mati atas alasan tingkah laku wanita itu mencurigakan, kata polis.

“Suspek yang berusia akhir 20-an mencekik ibu kepada empat anak itu hingga mati di Ain al-Pasha di utara bandar raya ini, Rabu lalu selepas wanita itu pulang dari Lubnan,” kata jurucakap polis.

“Dia menyembunyikan mayat kakaknya dalam beg pakaian sebelum mencampakkannya di kawasan ladang terbiar. Dia mendakwa wanita itu berkelakuan mencurigakan,” katanya.


Menurutnya, mayat wanita malang itu ditemui Jumaat lalu di Safawi di timur Jordan.

“Suspek mengakui melakukan jenayah itu selepas berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa,” katanya. Perbuatan membunuh dihukum dengan kematian di Jordan, tetapi dalam kes pembunuhan demi maruah, mahkamah boleh mengurangkan hukuman terutama jika keluarga mangsa meminta supaya hukuman lebih ringan dijalankan. Antara 15 dan 20 wanita mati akibat pembunuhan demi maruah setiap tahun di negara Arab itu walaupun kerajaan berusaha untuk mengurangkan kes pembunuhan sedemikian. - AFP

Related Posts:

  • Ratu cantik lari dari rumahJAKARTA: Ratu Cantik Indonesia 2011, Astrid Ellina mengaku, dia meninggalkan rumah sejak enam bulan lalu. Dia berkata, ayahnya, Fredrich Yubadi sering mengabaikannya. Dalam satu pengumuman yang dibuat di akhbar, Fred… Read More
  • Reaksi sekatan minyak EUTEHERAN 26 Jan. - Parlimen Iran dijangka menimbang satu rang undang-undang untuk mengharamkan eksport minyak ke Eropah minggu depan, selepas Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan minyak ke atas negara ini, kata laporan m… Read More
  • Ketua daerah selamat daripada letupan bom tepi jalanBANGKOK: Ketua daerah Rangae terselamat daripada serangan bom yang ditujukan kepadanya dalam satu kejadian di Wilayah Narathiwat, semalam. Bom itu meletup kira-kira jam 9 pagi di sebuah jalan yang selari dengan laluan ker… Read More
  • Tiada minyak ke EropahTEHERAN: Parlimen Iran dijangka menimbangkan larangan mengeksport minyak ke Eropah minggu depan selepas blok itu mengenakan sekatan terhadap bahan api dari republik Islam itu, lapor media memetik kenyataan anggotanya, sema… Read More
  • Perbincangan Palestin-Israel temui jalan buntuRAMALLAH (Tebing Barat): Perbincangan Palestin-Israel yang bertujuan memulihkan kembali rundingan damai berakhir di Jordan, semalam tanpa mencapai sebarang perkembangan, manakala Presiden Mahmoud Abbas merancang untuk berb… Read More

0 comments:

Post a Comment