29 January 2012

Suami isteri ditahan, rampas dadah RM267,000


LANGKAWI - Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM267,000 dalam satu operasi di Kampung Padang Putih, Mukim Kedawang di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi diketuai Inspektor Shaharuddin Abd Rahman mengesan kereta yang dinaiki pasangan berusia 32 dan 30 tahun itu dalam keadaan mencurigakan di satu lorong di kampung berkenaan pada kira-kira 4 pagi.
Beliau berkata, kenderaan berkenaan berjaya dipintas dan polis menahan pasangan itu tidak jauh dari kawasan mereka dikesan.
"Hasil pemeriksaan polis menjumpai 2.2 kilogram heroin, lapan paket syabu dengan berat 218 gram, 20 foil mengandungi 200 biji pil Eramin 5 dan wang tunai sebanyak RM4,900,” katanya pada sidang akhbar di IPD Langkawi semalam.
Ahmad berkata, kereta jenis Mazda Lantis yang digunakan pasangan itu turut dirampas.
Beberapa peralatan memproses semula dadah berkenaan seperti paket plastik dan penimbang yang ditemui dalam kenderaan itu turut dirampas.
Ahmad berkata, suspek lelaki memiliki 10 kes jenayah lampau termasuk lima kes dadah manakala isterinya mempunyai satu rekod membabitkan dadah.
"Polis percaya mereka ini menjalankan aktiviti untuk membekal dadah bagi pasaran tempatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Related Posts:

  • Pekerja restoran dibunuh MUAR 31 Jan. – Seorang pekerja wanita sebuah restoran ditemui mati berlumuran darah di tepi jalan di Kilometer 1.6, Jalan Bakri di sini malam tadi. Puteri Setiana Subari (gambar), 23, warga Indonesia yang bekerja di sebu… Read More
  • Anwar nasihatkan Mahathir supaya 'duduk diam-diam' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas. Katany… Read More
  • 8 termasuk 2 beradik geng samun dicekupMohan Singh Tara Singh menunjukkan lima buah kereta yang berjaya dirampas dalam operasi pada sidang akhbar kes pecah rumah, curi kereta dan narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam. KUALA LUMPUR 31 Jan. - Po… Read More
  • Heroin bernilai RM1j dirampas JALALUDDIN Abdul Rahman (tiga dari kiri) menunjukkan pistol bersama peluru, dadah jenis heroin dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Rantau Panjang, Kelantan, kelmarin. - UTUSAN/ROSNI MASRI KOT… Read More
  • Polis siasat penemuan kepala babi di masjid KUALA LUMPUR 31 Jan. - Polis sedang menyiasat kes penemuan kepala babi yang ditinggalkan di hadapan tangga sebuah masjid di Kilometer 28.8, Rawang dekat sini awal pagi ini. Siasatan itu akan diberi tumpuan kerana ia melibatk… Read More

0 comments:

Post a Comment